Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yan] | لاين

Definisi : ; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pem­beli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli; melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan makanan dll), meng­hidangkan, menyajikan; 2. menurutkan ke­mahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya; layanan perihal melayan(i), ladenan: per­mohonan mereka telah tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak ini tidak spt yg sepatutnya; pelayanan perihal atau perbuatan melayan; pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yan] | لاين

Definisi : ; melayan 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Papan tanda kedai dobi layan diri 'SMYLE LAUNDRETTE'25890/2017Kedai Dobi SMYLE LAUNDRETTE 24 Jam Layan Diri Layan Diri/ Cucian & Kering Dimiliki oleh Adlybilly EnterpriseMajlis Perbandaran Sungai PetaniKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201705/14019Lulus28/04/201703/05/201712:02:18
Dobi Layan Diri40940/2016KEDAI DOBI LAYAN DIRI BASOH DOBI LAYAN DIRI Dimiliki oleh Eighteen & Eighteen Resources (002546157-V)Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/11144Lulus19/08/201622/08/201607:50:34
KEDAI DOBI LAYAN DIRI32787/2017KEDAI DOBI LAYAN DIRI DOBI LAYAN DIRI DIMILIKI OLEH: AIN ZARIFI ENTERPRISE 002661416-XMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/19500Lulus29/05/201730/05/201709:06:16
DOBI LAYAN DIRI Dr. Basuh33491/2017KEDAI DOBI LAYAN DIRI DOBI LAYAN DIRI Dr. Basuh 24 JAM DIMILIKI OLEH: AIN ZARIFI ENTERPRISE 002661416-XMajlis Perbandaran MuarKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201706/14403Lulus31/05/201701/06/201711:43:01
Cleanpro Express Papan Iklan9659/2017KEDAI DOBI LAYAN DIRI Cucian Layan DiriMajlis Perbandaran Ampang JayaPakaianTiadaDBP/KPB/201702/13563Lulus22/02/201723/02/201717:54:31
KEDAI DOBI LAYAN DIRI26220/2016KEDAI DOBI LAYAN DIRI D J CLean CUCIAN LAYAN DIRI . SELF SERVICE LAUNDRY 24 JAM Dimiliki Oleh: D JUMEIRA ENTERPRISE (002331554-U)Perbadanan PutrajayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201605/13312Lulus27/05/201630/05/201608:38:09
KEDAI DOBI LAYAN DIRI1249/2015- KEDAI DOBI LAYAN DIRI - BUKIT KATIL - 24 JAM LAYAN DIRI - LAUNDRY BAR - MESIN DOBI KENDALIAN SYILING - KEDAI DOBI KONSEP 1 MALAYSIA - MURAH, BERSIH DAN CEPAT - NO.24 JALAN KOMPLEKS NIAGA MERAK MAS, TAMAN MERAK MAS, 75450 BUKIT KATIL, MELAKA - KUTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201501/04745Lulus12/01/201513/01/201511:35:11
KEDAI DOBI LAYAN DIRI SPARKLE WASH19463/2016KEDAI DOBI LAYAN DIRI SPARKLE WASH DOBI LAYAN DIRI 24JAM self service laundryMajlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/12505Lulus22/04/201625/04/201611:46:39
Kedai Dobi Layan Diri39781/2015Kedai Dobi Layan Diri LAUNDRYBAR Self-service Coin Laundry 24 JAM Layan DiriMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/07439Lulus06/10/201507/10/201508:54:17
KEDAI DOBI LAYAN DIRI MIMIC CUBIC DOBI64105/2016KEDAI DOBI LAYAN DIRI MIMIC CUBIC DOBI BASUH KERING GOSOK LIPAT LAYAN DIRI 24 JAMMajlis Daerah PekanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201612/13059Lulus20/12/201621/12/201612:52:55
12345678910...

Kembali ke atas