Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
COURTS Selamat Hari Raya Lebih Ria, Lebih Senang!19727/2015Courts Selamat Hari Raya Lebih Ria, Lebih Senang! Penjimatan Tunai Sehingga 80% Di Seluruh Cawangan Dengan Pembelian Flexi Credit Courts Tanpa Bayaran Sehingga 90 Hari* Beli Sekarang Dan Bayar Selepas Hari Raya Tertakluk Pada Terma Dan SyaratPihak Berkuasa TempatanPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201505/07521Lulus20/05/201521/05/201509:31:11
LEBIH STAIL, LEBIH NILAI34943/2015Tiada yang mampu memberikan anda lebih gaya dan lebih nilai daripada Alza dan Myvi baharu!Majlis Daerah Hulu SelangorPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201509/05913Lulus04/09/201507/09/201508:11:35
HELP UNIVERSITY22120/2016lebih baru lebih besar lebih bagusDewan Bandaraya Kuala LumpurPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201605/10122Lulus10/05/201610/05/201616:03:01
BUNTING22507/2014LEBIH JIMAT LEBIH PILIHAN LEBIH SEGARPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/05028Lulus24/09/201426/09/201408:50:04
pesta optik45893/2016PESTA OPTIK LEBIH MERIAH, LEBIH HADIAH, LEBIH JIMATMajlis Bandaraya Shah AlamOptikTiadaDBP/KPB/201609/11031Lulus19/09/201620/09/201609:29:43
IMPIAN CERIA KEMUNING SOUTH48048/2015LEBIH BESAR! LEBIH MODEN! LEBIH NILAI! RUMAH BERANGKAI SUPER BERKEPADATAN RENDAH 2 TINGKAT 20' X 73' KELUASAN BINAAN KASAR DARIPADA 2007KPS 4 BILIK TIDUR DAN 4 BILIK AIRTiadaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201511/09459Lulus25/11/201526/11/201508:18:08
Lebih Stail, Lebih Nilai36504/2015Dapatkan lebih gaya dan nilai yang lebih hebat daripada biasa dengan Alza S dan Myvi Premium XS!Majlis Daerah Hulu SelangorPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201509/07431Lulus15/09/201517/09/201509:17:41
Lebih Stail, Lebih Nilai36503/2015Dapatkan lebih gaya dan nilai yang lebih hebat daripada biasa dengan Alza S dan Myvi Premium XS!Majlis Daerah Hulu SelangorPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201509/07430Lulus15/09/201517/09/201509:16:19
Petron Mac 201611143/2016Lebih Kuasa Lebih Perlindungan Enjin Lebih PenjimatanMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/10202Lulus10/03/201611/03/201609:20:28
HomeLove30210/2016Lebih tawaran hebat, lebih jimat, lebih hadiah lumayanDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/12721Lulus20/06/201621/06/201607:49:17
12345678910...

Kembali ke atas