Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.ba.ga] | لمباݢ

Definisi : 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun; 2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~ mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan): maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; memperlembagakan menjadikan perlem­bagaan: percubaan utk ~ prosedur; perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; berperlembagaan mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.ba.ga] | لمباݢ

Definisi : 1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Petikkan saya bunga lembaga;
Kalau tuan mati dahulu,
     Tunggu saya di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEJABAT LEMBAGA3875/2015BALAI RASMI LEMBAGA ADAT NANING KE - 19 LOT 190 PERSIARAN BANGLO A'FARMOSA RESORT 78000 ALOR GAJAH MELAKAMajlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/04584Lulus30/01/201505/02/201508:24:14
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) CAWANGAN (......)28167/2017Nama yang digunakan untuk memaparkan lokasi setiap cawangan Kaunter Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di seluruh Selangor.Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/15925Lulus09/05/201712/05/201714:58:41
Lembaga Pelancongan - Semarak Muzium 201721006/2017TiadaMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/15484Lulus10/04/201712/04/201708:58:13
Lembaga Muzium Negeri Sembilan20905/2017TiadaMajlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16218Lulus13/04/201714/04/201710:58:25
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR CAWANGAN KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM9506/2017Pemohonan pencerahan mengenai penggunaan bahasa jawi bagi konteks 'Pkns'.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/13383Lulus22/02/201723/02/201708:42:48
Lembaga Pelancongan NS - Golf Challenge 2016 - A53486/2016TiadaMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/10229Lulus01/11/201602/11/201608:30:12
Lembaga Zakat Selangor713/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201511/09737Lulus13/05/201527/11/201511:43:55
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR1356/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201502/04550Lulus21/10/201404/02/201518:09:43
Petunjuk Arah lembaga Zakat Selangor38/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201503/07511Lulus13/01/201524/03/201511:24:33
Astro536/2015TiadaLembaga Bandaran Johor TenggaraTiadaTiadaDBP/KPB/201508/04833Lulus28/04/201504/08/201509:35:41
12345678910...

Kembali ke atas