Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.rét] | ليريت

Definisi : (lérét) banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang; berleret, berleret-leret berbaris, berbanjar: aku merayap ke depan dan ke belakang motokar yg ~ itu; meleretkan mengaturkan berbaris, mem­bariskan, membanjarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : (lérét); berleret, berleret-leret 1. = meleret panjang sungguh (tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah meleret sampai ke kaki; 2. = meleret, meleret-leret berpanjang-panjang (per­bualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit­-jangkit: tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret lagi; meleret 1. berleret; 2. memanjang, melebar: di bibirnya ~ sebuah senyuman yg manis; senyumannya ~ sahaja; meleretkan memberikan (senyuman) yg melebar: atuk hanya ~ senyuman sambil memandang tepat pd mukaku; meleret-leretkan menjadikan (cerita, huraian, dsb) meleret-leret: sengaja saya ~ misalan ‘panca’ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : /lérét/, = leretan baris memanjang; jajaran; banjar: Di belakang rumahnya, terdapat beberapa ~ pokok buah-buahan. berleret-leret berbaris-baris; berbanjar. meleretkan mengatur supaya berbaris; membanjarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : /lérét/; meleret 1 panjang sungguh (bkn tali, kain dll): Jubahnya ~ ke tanah. 2 berpanjang-panjangan (ttg cerita, perbualan dll); berjangkit-jangkit: Perbualannya ~ pula kpd hal-hal politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leret
Kata Terbitan : leretan, berleret-leret, meleretkan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SUMMERVIVO AND MOVIE19017/2015MEMPERSEMBAHKAN LERET DAN MENANG vivo Xshot SETIAP HARI 80 HARI! 80 TELEFON! 80 PEMENANG! Layari www.mbocinemas.com untuk terma dan syarat. vivo Smart Phone IMAGINE A PLACE WHERE ANYTHING IS POSSIBLE TOMMORROWLAND DI PAWAGAM PADA 21 MEIMajlis Bandaraya Shah AlamHiburanTiadaDBP/KPB/201505/07509Lulus15/05/201521/05/201509:08:28
ANT MAN27289/2015MBO CINEMAS MEMPERSEMBAHKAN LERET DAN MENANG VIVO X SHOT SETIAP HARI 80 HARI! 80 TELEFON! 80 PEMENANG! LAYARI www.mbocinemas.com untuk terma dan syarat. DARIPADA STUDIO FILEM THE AVENGERS MARVEL ANT MAN DI PAWAGAM PADA 16 JULAI 2015 WIRAMajlis Bandaraya Shah AlamHiburanTiadaDBP/KPB/201507/07216Lulus08/07/201509/07/201514:40:04

Kembali ke atas