Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~ selepas berjalan sehari­harian; 2. lapar; ~-letai letih benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, mem­beri, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /létak/ tidak bertenaga atau tidak berdaya; lemah: Dia berasa ~ setelah bekerja sehari-harian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tempat atau duduknya sesuatu benda: Bentung ~nya di Pahang. meletak menghantar atau menaruh. ~ kerja memulakan sesuatu upacara secara besar-besaran (spt utk majlis perkahwinan, pertabalan raja). ~ tanda memberi tanda (biasanya cincin) kpd pihak pengantin perempuan. meletakkan 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. terletak berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. peletakan perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Ambil sebiji letak di tepi,
     Budak-budak bermain di paya;
Tuan tidak ambil peduli,
     Tidakkah belas melihat saya.


Lihat selanjutnya...(42)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BAYARAN LETAK KERETA DAN SYARAT-SYARAT LETAK KERETA6333/2017BAYARAN LETAK KERETA ISNIN – AHAD / CUTI UMUM 30 MINIT PERTAMA ATAU SEBAHAGIANNYA……………….........PERCUMA 2 JAM BERIKUTNYA ATAU SEBAHAGIANNYA..... RM2.00 1 JAM BERIKUTNYA ATAU SEBAHAGIANNYA.....RM1.00 MAKSIMUM 5 JAM …………RM5.00 CAJ BAYARAN MOTOSIKALPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/10657Lulus07/02/201708/02/201709:26:03
TEMPAT LETAK KERETA8559/2016TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR Diuruskan oleh: LAVENDER KEY SDN. BHD. (914622-M)Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/09577Lulus29/02/201629/02/201614:06:37
Tempat Letak Kereta Percuma18833/2017Tempat Letak Kereta Percuma Segi fresh Eksklusif untuk Pelanggan Segi Fresh SahajaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/14585Lulus06/04/201706/04/201715:11:06
TEMPAT LETAK KERETA32954/2017TEMPAT LETAK KERETADewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/19871Lulus30/05/201731/05/201708:44:30
Tempat Letak Kereta31943/2015TEMPAT LETAK KERETA Untuk Disewa MBA Car Park Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi +6012-2467116 (Michael Lee)Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/05969Lulus12/08/201513/08/201509:34:00
PEJABAT PENGURUSAN LETAK KERETA44462/2016PEJABAT PENGURUSAN LETAK KERETA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU Diuruskan oleh: SYARIKAT PRESGO GATEWAYS SDN.BHD.Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09841Lulus07/09/201608/09/201609:40:09
PAPAN HARGA - TEMPAT LETAK KERETA SUNWAY PINNACLE7360/2017KADAR BAYARAN LETAK KERETAMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/11541Lulus14/02/201714/02/201715:00:02
PEJABAT TEMPAT LETAK KERETA / CAR PARK OFFICE5568/2014PEJABAT TEMPAT LETAK KERETA / CAR PARK OFFICEMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201403/04114Lulus24/03/201424/03/201414:27:06
PAPAN IKLAN - KADAR BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA SUNWAY PINNACLE7502/2017KADAR BAYARAN TEMPAT LETAK KERETAMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/11542Lulus14/02/201714/02/201715:00:52
TEMPAT LETAK KERETA51175/2016INFINITE PARKING adalah jenama atau nama khas. Oleh itu tidak perlu diterjemah kepada Tempat Letak Kereta Infiniti BERKUATKUASA 1 NOVEMBER 2016/EFFECTIVE 1 NOVEMBER 2016 RM 2.00 Jam Pertama atau sebahagian darinya 1st hour or paMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/14046Lulus21/10/201621/10/201616:48:25
12345678910...

Kembali ke atas