Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pat] | ليڤت

Definisi : 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis­-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menye­lubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pat] | ليڤت

Definisi : ; ~ dua (tiga, empat) berangkap atau berkembar dua (tiga, empat). ~ pandan nama bentuk sanggul yg gelungnya sama spt bentuk gelung daun pandan yg akan dianyam. berlipat 1 dilipat dgn kemas (bkn kain baju, kertas dsb): Kain baju yg dibasuh sudah ~. 2 diperbanyak sekian kali; berganda: ~ tiga diperbanyak tiga kali; tiga kali sebanyak yg dahulu. berlipat-lipat 1 banyak lipatnya; berlapis-lapis. 2 menjadi banyak sekali. melipat membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. lipatan sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. pelipat 1 = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; garisan pd kain, kertas dll. 2 bekas kena lipat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(30)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PINTU LIPAT TANPA REL10802/2015MUAR ALARM SECURITY SDN BHD ( NAMA PERNIAGAAN )Majlis Perbandaran MuarPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201503/08130Lulus26/03/201530/03/201508:57:56
pembekal pintu pagar boleh lipat tanpa trek3198/2015TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/06569Lulus26/01/201527/01/201514:26:52
kawasan perindustrian elkay24484/2016ELKAY adalah Nama Khas. ELKAY adalah singkatan daripada Lipat KayangMajlis Perbandaran JasinPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/11892Lulus19/05/201620/05/201611:42:19
WHITE SWAN LAUNDRY63982/2016KEDAI DOBI - CUCIAN KERING - CUCIAN BIASA - CUCIAN PERMAIDANI - GOSOK DAN LIPAT - MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENGAMBIL DAN MENGHANTAR CUCIAN TEL.: 019-2796339, 0192656339Majlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201612/13049Lulus20/12/201621/12/201612:09:17
Percuma32741/2016Percuma, 10am-10pm, terma & Syarat dikenakan. Promosi Datu Bulan, Free Cuci , kering, serbuk sabun,Lipat, Pembantu,Hadiah. Telefon/watsapp 0126169618 untuk pengambilan/pengahntaran. Lokasi jalan wawasan 5/1 DekatMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10234Lulus14/07/201615/07/201608:06:47
PEMBEKAL PINTU PAGAR AUTOMATIK56831/2016UniGate DELUX No. 1 Secure & Modern Trackless Folding Gate Sistem Pintu Pagar Lipat Tanpa Trek yang boleh menyokong hingga 30' GV RESOURCES (SP) SDN. BHD. TEL.: 1700 - 81 - 9588Majlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/13070Lulus17/11/201617/11/201613:55:54
KEDAI DOBI LAYAN DIRI MIMIC CUBIC DOBI64105/2016KEDAI DOBI LAYAN DIRI MIMIC CUBIC DOBI BASUH KERING GOSOK LIPAT LAYAN DIRI 24 JAMMajlis Daerah PekanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201612/13059Lulus20/12/201621/12/201612:52:55
Gipsy Tower - Japan7430/2017ALAMI KEAJAIBAN JEPUN ISTANA HIROSAKI AOMORI HUTAN BULUH KYOTO TEMBOK SALJI OTANI TOYAMA KAISEN-DON NAGASAKI TEBUS FONKEPALA LIPAT* PERCUMA DENGAN SEBARANG PEMBELIAN PAKEJ PELANCONGAN KE JEPUN DI: * APPLE VACATIONS & CONVENTIONS SDN.Majlis Bandaraya Johor BahruPelanconganTiadaDBP/KPB/201702/12830Lulus20/02/201721/02/201709:17:55
KEDAI DOBI14805/2016KEDAI DOBI AL BARAKAH LAUNDRY CUCIAN BIASA, CUCIAN TANGAN , CUCIAN KERING, CUCI DAN GOSOK , CUCI DAN LIPAT. CUCI KARPET , CUCI SELIMUT DAN LAIN-LAINMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201603/13016Lulus31/03/201631/03/201614:09:20
NZY DOBI1911/2014KEDAI DOBI Normal Wash . Ironing & Folding . Dry Cleaning . Hand Washing . Carpet & Comforter Cucian biasa . Menggosok dan Lipat . Cucian Kering . Cucian Tangan.Permaidani dan Gegebar JALAN BUKIT DUKUNG,27/16 TAMAMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201402/02929Lulus04/02/201404/02/201416:00:07
12

Kembali ke atas