Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.puh] | لومڤوه

Definisi : 1. tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian lain tubuh): segenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya hendak berjalan; 2. ki tidak bergerak (berjalan): segala kerja kesatuan itu telah ~; bagai si ~ pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan; yg ~ penghuni rumah = yg ~ pengejut ayam prb setiap orang itu ada gunanya; melumpuhkan menjadikan lumpuh, me­lemahkan: tujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan; kelumpuhan perihal lumpuh: setelah meng­alami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.puh] | لومڤوه

Definisi : 1 tidak kuat dan tidak bertenaga (bkn kaki atau bahagian tubuh yg lain): Emaknya tidak dpt berjalan kerana menghidap penyakit ~. 2 ki tidak bergerak atau tidak berjalan (bkn sesuatu). perniagaan, persatuan dll): Pemogokan itu menyebabkan ekonomi negara menjadi ~. melumpuhkan menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. kelumpuhan keadaan lumpuh; kelemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan sapih: tepok, capik, petut, layuh,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak bergerak, tidak berjalan, berhenti, terbantut, gagal,

Kata Terbitan : melumpuhkan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT FISIOTERAPI DAN REHABILITASI42281/2016RAWATAN PEMULIHAN STROK, PEMULIHAN LUMPUH, PENGURUSAN KESAKITAN OTOT, SENDI, LUTUT,TENGKUK,BAHU, KECEDERAAN AKIBAT BERSUKAN, RAWATAN SARAF TUNJANG DAN RAWATAN PEDIATRIKMajlis Bandaraya IpohPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201608/12049Lulus25/08/201626/08/201615:30:31
Permohonan Bantuan Kewangan17657/2017Permohonan Bantuan RM300 Sebulan Kini Dibuka Eco-Shop Marketing Sdn. Bhd. Syarat Kelayakan (Penduduk Jementah dan Kebun Bahru) Sakit Kanser Lumpuh Sakit Buah Pinggang Ibu Tunggal/Duda Cacat Fizikal Warga Emas (Tiada Tempat Bergantung) Sakit MMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/19028Lulus28/03/201729/03/201708:44:31

Kembali ke atas