Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) mem­basuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia men­dapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku per­kelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, me­lenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini berten­tangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dika­fan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-bende­rang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menye­lamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, men­curahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi perto­longan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Sepala-pala mandi,
     biarlah basah.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI KELENGKAPAN BILIK MANDI25283/2017KEDAI KELENGKAPAN BILIK MANDI, TRI I Concept Sdn. Bhd. Mengindahkan bilik mandi andaMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/14011Lulus02/05/201703/05/201711:44:54
poster63327/2016biar mandi peluh semasa aman, jangan mandi darah semasa perangPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12754Lulus16/12/201620/12/201610:41:40
Koleksi bilik mandi rekaan anda22458/2016Koleksi bilik mandi rekaan andaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/10004Lulus09/05/201610/05/201608:56:39
PERALATAN BILIK MANDI DAN DAPUR23031/2017PERALATAN BILIK MANDI DAN DAPURTiadaPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201704/17593Lulus20/04/201720/04/201712:35:59
PERALATAN BILIK MANDI DAN DAPUR19338/2016PERALATAN BILIK MANDI DAN DAPURMajlis Bandaraya Johor BahruPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201604/12384Lulus22/04/201625/04/201608:30:27
KEDAI KELENGKAPAN BILIK MANDI30166/2014KEDAI KELENGKAPAN BILIK MANDIDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/03610Lulus02/12/201402/12/201413:58:06
KEDAI KELENGKAPAN BILIK MANDI30165/2014KEDAI KELENGKAPAN BILIK MANDIDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/03611Lulus02/12/201402/12/201413:58:21
PENJUAL BARANGAN BILIK MANDI DAN DAPUR23330/2014PENJUAL BARANGAN BILIK MANDI DAN DAPUR "Nobel ITALY" WWW.noblebathware.com IDEAL HOME GALLERY SDN BHDMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201410/04037Lulus01/10/201402/10/201414:10:46
KEDAI PERALATAN BILIK MANDI4147/2014KEDAI PERALATAN BILIK MANDIMajlis Perbandaran Subang JayaPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201403/03047Lulus05/03/201406/03/201416:09:06
Kempen Jom Mandi Air Mineral Sejuk & Panas59372/2016Kempen Jom Mandi Air Mineral Sejuk & Panas Sistem Air Granudos Canggih, Selamat, Selesa telah beroperasi sepenuhnyaPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/15201Lulus30/11/201630/11/201610:30:56
12345678910...

Kembali ke atas