[mang.sa] | مڠسا
Definisi : 1. binatang yg menjadi korban (makanan) binatang buas: harimau sedang me-nunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, penipuan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~ ke-bakaran itu; mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua; memangsakan menjadikan seseorang (sesuatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemus-nahan alam sekitar ~ manusia; pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang; pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mang.sa] | مڠسا
Definisi : 1 binatang yg menjadi makanan binatang lain: Seekor harimau sedang mencari ~nya. 2 sesuatu yg menjadi sasaran atau tujuan sesuatu perbuatan jahat dll. 3 orang atau barang yg menjadi korban sesuatu kemalangan dll: Dua orang kanak-kanak telah menjadi ~ banjir itu. memangsakan menjadikan seseorang atau sesuatu sbg mangsa: Kemusnahan alam sekitar ~ manusia. pemangsaan perihal atau perbuatan menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang. pemangsa binatang yg memakan binatang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)