Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sudah tua dan boleh dimakan (buah­buahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak maka­nan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kela­kuan orang dll), sudah difikirkan (dipertim­bangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb peri­hal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentu­kan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buah­buahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat lauk­pauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makan­an; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat lauk­pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacam­macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan ma­sak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) me­masak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk mema­sak; 3. Mn rempah-rempah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sudah tua serta boleh dipetik dan dimakan (bkn buah-buahan): Betik ini ~ di pohon. 2 tidak mentah lagi (bkn benda-benda yg direbus, digoreng, dibakar dll); sudah empuk dan boleh dimakan: Nasinya sudah ~. 3 ki sudah berpengalaman; sudah tahu dan faham benar: Dia sudah ~ dgn perangai anak-anaknya. Perkara itu telah difikirkan ~-~. bermasak dimasak atau sudah dimasak (bkn air, makanan dll): Jangan makan makanan yg tidak ~. memasak membuat atau mengolah makanan (lauk-pauk, nasi dll) supaya masak: Saya suka menolong ibu saya ~. Dia pandai ~ rendang. masak-memasak hal atau selok-belok (cara, teknik dsb) memasak: Ayahnya memang pakar dlm ~. memasakkan 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur. masakan barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. pemasakan perihal (perbuatan) memasak atau memasakkan: ~ yg lama akan memusnahkan vitamin C. pemasak 1 orang yg kerjanya memasak atau memasakkan; tukang masak. 2 alat yg digunakan utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Asam jawa terlalu masak,
     Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
     Rosak tak boleh dipujuk lagi.


Lihat selanjutnya...(145)
Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Bermaksud :

Difikirkan masak-masak.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Jawatan Kosong Pick Meat Up Cafe30420/2017PICK MEAT UP CAFE #PICKMEATUP Jawatan Kosong Tukang Masak, Chef Pembantu Tukang Masak, Assistant Chef Pelayan(separuh masa/sepenuh masa) Waiter(part time/full time) Barista, barista Akan Dibuka pada Jun 2017 Sila Hubungi: 017-301 00Majlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/18362Lulus18/05/201724/05/201716:15:22
JAWATAN KOSONG51091/2016KERANI AKAUN PEGAWAI PEMBELIAN/ PURCHASING OFFICER KERANI PENERIMAAN / RECEIVING CLERK PENYELIA PERKHIDMATAN/ SERVICES SUPERVISOR TUKANG MASAK KANAN/ DEMI CHEF TUKANG MASAK 1/ COMMIS 1 TUKANG MASAK 2/ COMMIS 2 PEMBANCUH MINUMAN JURUWANG PELAYAN/Majlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13178Lulus17/10/201618/10/201608:18:12
Tupperware Jom Masak7765/2016Tupperware Jom Masak 4-6 March 2016 10pg. - 6ptg. Anda pasti teruja! Cabutan bertuah, Keseronokan Memasak, Demo Memasak, Pembelian Eksklusif, Hadiah untuk dimenangi. Percuma satu(1) sahaja , Terhad untuk 50 hadirin pertama sahaja setiap hari, Hanya untukPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08841Lulus23/02/201624/02/201608:02:59
Tupperware Jom Masak38820/2016Tupperware Jom Masak 2-4 Sept. 2016 10 pg. - 6 ptg. Anda pasti teruja! Demonstrasi Memasak. Keseronokan. Pembelian Eksklusif. Hadiah untuk Dimenangi. Percuma. Jangan terlepas! Satu(1) sahaja. Terhad untuk 100 hadirin pertama sahaja setiap hari. Hanya untuPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/09381Lulus10/08/201611/08/201608:09:41
Tupperware Jom Masak18457/2016Tupperware Jom Masak 6-8 Mei 2016 10 pg. - 6 ptg. Anda pasti teruja! Demonstrasi Memasak, Keseronokan, Pembelian Eksklusif, Hadiah untuk dimenangi. Percuma satu(1) sahaja , Terhad untuk 50 hadirin pertama sahaja setiap hari, Hanya untuk hadirin bukan ahliPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/11910Lulus20/04/201620/04/201615:47:48
kilang minyak masak18836/2014kilang minyak masakMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201408/03935Lulus19/08/201420/08/201408:34:12
kilang minyak masak18831/2014kilang minyak masakMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201408/03917Lulus19/08/201420/08/201407:58:59
KILANG MINYAK MASAK12157/2014KILANG MINYAK MASAKMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04155Lulus05/06/201406/06/201409:16:19
KILANG MINYAK MASAK12156/2014KILANG MINYAK MASAKMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04154Lulus05/06/201406/06/201409:15:58
KILANG MINYAK MASAK12154/2014KILANG MINYAK MASAKMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04152Lulus05/06/201406/06/201409:15:19
1234567

Kembali ke atas