Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : 1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : sesuatu yg mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yg tidak dpt diselesaikan bermasalah mempunyai masalah. permasalahan yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,

Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MASALAH JERAGAT KINI TIADA LAGI27444/2017MASALAH JERAGAT? KINI TIADA LAGI.....TERIMA KASIH ROSFIZ BEAUTY.Majlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15779Lulus10/05/201712/05/201709:06:31
Mengatasi Masalah JERAGAT Seawal 7 Hari29356/2017Mengatasi Masalah JERAGAT Seawal 7 hariMajlis Bandaraya Johor BahruPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201705/16843Lulus15/05/201717/05/201709:32:08
ANDA MENGALAMI MASALAH PENGLIHATAN?33323/20141) "MATA JENDELA KEHIDUPAN" 2) ANDA MENGALAMI MASALAH PENGLIHATAN? 3) SEGERA KUNJUNGIMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/06227Lulus30/12/201430/12/201415:55:59
ANDA MENGALAMI MASALAH PENGLIHATAN?33322/20141) "MATA JENDELA KEHIDUPAN" 2) ANDA MENGALAMI MASALAH PENGLIHATAN? 3) SEGERA KUNJUNGI 4) DAPATKAN PERCUMAMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/06223Lulus30/12/201430/12/201415:47:18
MASALAH RAMBUT8194/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201804/19667Lulus01/09/201513/04/201816:38:35
MASALAH RAMBUT?5678/2016TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201804/19496Lulus26/05/201610/04/201817:31:11
MASALAH RAMBUT4361/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/15644Lulus01/06/201511/05/201718:47:32
MASALAH RAMBUT3458/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/13352Lulus06/05/201501/03/201717:00:25
MENYELESAIKAN MASALAH ANDA258/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201701/13237Lulus09/01/201716/01/201715:14:11
banner masalah kewangan21224/2016TiadaMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09133Lulus03/05/201604/05/201608:23:26
1234567

Kembali ke atas