Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : ; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus annuus; kayu ~ sj tum­buhan (pokok), Otophora imbricata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : ; burung ~ sj burung, Pericrocotus solaris montanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : bintang besar yg menjadi pusat peredaran planet dlm cakera suria dan drnya planet-planet lain (spt bumi) mendapat cahaya dan haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MATAHARI CAKE HOUSE30594/2016KEDAI ROTI DAN KEK MATAHARI CAKE HOUSE JM0542005-A TULISAN JAWI *MATAHARI CAKE HOUSE*Majlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201606/12865Lulus21/06/201621/06/201615:22:39
KEDAI DOBI SINAR MATAHARI27032/2016KEDAI DOBI SINAR MATAHARI (No.Syarikat : JM0761014-A) Dimiliki oleh : Kedai Dobi Sinar Matahari MPJBT(L/I)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/09627Lulus31/05/201601/06/201615:14:10
TADIKA SINARAN MATAHARI60537/2016TADIKA SINARAN MATAHARI 1, Jalan Desa 8/6 Bandar Country Homes 019-382 4060 BERKONSEPKAN ISLAM . BAHASA INGGERIS . KREATIF . KEMAHIRAN HIDUPMajlis Perbandaran SelayangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201612/10527Lulus30/11/201601/12/201618:45:48
BOB Matahari Cafe24665/2015Kafe BOB Matahari CafeMajlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/09075Lulus19/06/201526/06/201511:50:30
MATAHARI23203/2013TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201401/02265Lulus01/01/201402/01/201408:50:41
PANGSAPURI MATAHARI PUNCAK SAUJANA5327/2016SURIA DAN MENTARIMajlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201602/07021Lulus02/02/201603/02/201609:06:45
Tadika Matahari53121/2015TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201512/10007Lulus29/12/201530/12/201508:17:28
ANJ Matahari Enterprise & Paradise Security Services Sdn Bhd29341/2014Pejabat UrusanMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/05487Lulus25/11/201425/11/201412:00:34
ANJ Matahari Enterprise & Paradise Security Services Sdn Bhd27934/2014Pejabat UrusanMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/05080Lulus19/11/201420/11/201409:15:30
Tadika Genius Matahari Maju44526/2016EjaanMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201609/09846Lulus07/09/201608/09/201609:46:44
123

Kembali ke atas