Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd ke­luarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mayat (kata nama)
Bersinonim dengan jenazah, jasad, mait, mumia, kunapa, bangkai.,

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
kedai perkhidmataan van mayat23108/2017perkhidmataan van mayat dan upacara pengebumian sri rudhra casketMajlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18416Lulus25/04/201726/04/201708:48:30

Kembali ke atas