Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
selamat menyambut tahun baru cina3713/2017Sila melihat banner iklan kami. jika kesilapan perlu untuk menukar. Sila hubungi orang yang bertanggungjawab 016-228 6664. atau e-mel:wengkong06@gmail.comMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/14037Lulus19/01/201722/01/201710:57:35
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA3712/2017Sila melihat banner iklan kami. jika kesilapan perlu untuk menukar. Sila hubungi orang yang bertanggungjawab 016-228 6664. atau e-mel:wengkong06@gmail.comMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/14036Lulus19/01/201722/01/201710:51:38
Kedai Gunting Rambut Barber Station18900/2016Kami ingin pelanggan melihat dengan jelas kedai kami menawarkan perkhidmatan gunting rambutMajlis Perbandaran NilaiPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201604/11937Lulus20/04/201621/04/201608:01:48

Kembali ke atas