Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ per-usahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
JET ELECTRICAL TRADING17345/2017MEMAJUKAN SYARIKATMajlis Perbandaran SerembanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201703/18650Lulus24/03/201727/03/201715:09:35
MAJU FFC ENTERPRISE24582/2014UNTUK MEMAJUKAN SYARIKATMajlis Perbandaran KemamanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04974Lulus13/10/201414/10/201415:06:28
Kedai Motosikal Motomate Cycle (M) Sdn. Bhd.4165/2014Nama ini dipilih kerana ia merupakan nama syarikat yang memajukan kedai ini iaitu Motomate Cycle (M) Sdn. Bhd.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201403/03033Lulus05/03/201406/03/201414:36:19
Volkswagen Banner59168/2016English version is: The all-new Passat. As Advanced as you are Malay version: Passat yang Terbaru. Memajukan sebagai anda.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201611/15033Lulus29/11/201629/11/201614:13:04

Kembali ke atas