Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : (mémang) sesungguhnya, sebenar­nya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguh­nya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : /mémang/ sudah begitu halnya; sudah tentu: ~ benar kata guru itu. sememangnya sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(18)

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
COURTS MEMANG SENANG!13214/2016COURTS MEMANG SENANG! RANGKAIAN BESAR. NILAI HEBAT. SKIRN BESAR DARIPADA RM982 SOFA BAHARU DARIPADA RM699 PETI SEJUK DARIPADA RM729 *TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT.Pihak Berkuasa TempatanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201603/11998Lulus23/03/201624/03/201609:47:54
MEMANG MAMPU DIMILIKI10270/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201810/17597Lulus21/10/201522/10/201817:44:21
MEMANG MAMPU DIMILIKI45865/2015RM1.00 sehari untuk bawa pulang produk Singer terpilih..... dan banyak lagiMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07827Lulus12/11/201517/11/201512:46:48
Memang Rangup22063/2015TiadaMajlis Daerah Hulu SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/06252Lulus02/06/201503/06/201512:39:38
jimat memang betul!25926/2017TiadaMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/14352Lulus03/05/201704/05/201709:42:54
syok jimat memang berbaloi56728/2016hingga 70%Majlis Perbandaran KlangBarangan dan Pakaian BayiTiadaDBP/KPB/201611/12303Lulus12/11/201614/11/201614:13:15
UMI 7E (BM)10683/2015Memang BijakDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201503/07743Lulus25/03/201525/03/201514:39:01
Pelan Prabayar444/2015P50 Memang BijakDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201501/04461Lulus08/01/201508/01/201513:55:30
PEMBORONG PERMAIDANI14967/2017MEMANG NAK BORONG PERMAIDANI DENGAN HARGA RENDAHMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/16963Lulus17/03/201717/03/201711:20:26
BUTIK54378/2016PLEASE TAKE NOTE. INI MEMANG LOGO MEREKA. BOLEH CHECK DI GOOGLE UNTUK RUJUKAN. THANKSDewan Bandaraya Kuala LumpurButikTiadaDBP/KPB/201611/10715Lulus03/11/201603/11/201614:57:08
1234

Kembali ke atas