Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuka

Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(9)

287

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kelulusan Bahasa Inggeris CEFL Membuka Lebih Peluang Keemasan25303/2016TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201606/10215Lulus06/06/201606/06/201608:31:22
Unitar18811/2014MEMBUKA PELUANG UNTUK CEMERLANG Pusat Wilayah Johor Bahru, Tel 07-223 2178Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201408/04189Lulus25/08/201425/08/201415:59:23
BUTIK DAN KAFE26778/2015INGIN MEMBUKA BUTIK DAN KAFEMajlis Bandaraya Johor BahruButikTiadaDBP/KPB/201507/06456Lulus03/07/201503/07/201515:36:49
Papan tanda52253/2015Kelulusan bahasa inggeris CEFL membuka lebih peluang keemasanMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201512/09335Lulus21/12/201523/12/201507:29:01
Matrix Global Schools 214441/2014Menimbu Ilmu; Membuka MindaMajlis Perbandaran SerembanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201406/05752Lulus27/06/201427/06/201409:54:31
EMAS SERI TANJUNG ENTERPRISE13929/2014MEMBUKA KEDAI EMASMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201406/05466Lulus24/06/201424/06/201415:48:20
KLINIK MEDIVIRON13207/2017MENGUNA NAMA ASAS KLINIK KERANA MEMBUKA CAWANGANMajlis Daerah Kuala SelangorUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201703/15407Lulus09/03/201710/03/201709:38:15
Shugatori Dessert Cafe49230/2016Nama syarikat untuk membuka Kafe makanan pencuci mulutMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/11565Lulus06/10/201607/10/201610:03:53
Shugatori Dessert Cafe48506/2016Nama syarikat untuk membuka Kafe makanan pencuci mulutMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/11010Lulus02/10/201604/10/201610:09:41
UM ELECTRICAL & ENGINEERING WORK SDN. BHD.6159/2015KITA MEMBUKA PEJABAT BARU. ALAMATNYA IALAH : NO. 19, JALAN HANG TUAH 4/2, TAMAN MUHIBBAH, 86000,KLUANG, JOHOR.Majlis Perbandaran KluangBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201503/04998Lulus04/03/201504/03/201508:36:24
12

Kembali ke atas