Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Kalau tiada emas sepiak,
     kerja di mana boleh jadi.

Bermaksud :

Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MEMENUHI KEPERLUAN IBADAH. PENCETUS RESOLUSI FESYEN MUSLIMAH1242/2017MEMENUHI KEPERLUAN IBADAH, PENCETUS RESOLUSI FESYEN MUSLIMAH, ALAMAT, NAMA SYARIKAT.Pihak Berkuasa TempatanPakaianTiadaDBP/KPB/201701/12298Lulus09/01/201710/01/201710:13:48
MEMENUHI KEPERLUAN IBADAH. PENCETUS RESOLUSI FESYEN MUSLIMAH65473/2016MEMENUHI KEPERLUAN IBADAH, PENCETUS RESOLUSI FESYEN MUSLIMAH, ALAMAT, NAMA SYARIKATMajlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/11070Lulus30/12/201603/01/201708:45:10
Elmina Hoarding18245/20151. Memenuhi Keperluan Holistik Anda 2. Ruangan yang luas bagi meningkatkan taraf hidup 3. Mengutamakan kesejahteraan hidup 4. Demi mencapai gaya hidup sihat 5. Keseimbangan kesejahteraan 6. Memenuhi keperluan anda 7. Kediaman dipenuhi kesejahtaeraaMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201505/07174Lulus18/05/201519/05/201512:07:35
SMZ UMRAH & HAJJ ESSENTIALS34028/2016MEMENUHI SEGALA KEPERLUAN JEMAAH KE TANAH SUCIMajlis Perbandaran Sungai PetaniButikTiadaDBP/KPB/201607/10873Lulus19/07/201620/07/201608:41:32
NISSAN ALMERA24009/2014MEMENUHI JANGKAAN ANDA PADA NILAI YANG LUAR BIASATiadaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201410/04885Lulus08/10/201414/10/201408:54:44
Papan pengiklanan30189/2016Hotel premium Memenuhi cita rasa eleganMajlis Perbandaran Seberang PeraiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/12590Lulus17/06/201620/06/201609:28:16
OISKL X IJMA LAND 330407/2017KAMI BERUSAHA MEMENUHI IMPIAN ANDA DAFTAR SEKARANGMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201705/17766Lulus18/05/201722/05/201716:06:29
EMAS BUKAN SEKADAR HIASAN60715/2016TAWARAN TUNAI SEGERA UNTUK MEMENUHI SEGALA KEPERLUAN PERIBADI ANDAMajlis Perbandaran Subang JayaPerbankanTiadaDBP/KPB/201612/11324Lulus07/12/201608/12/201609:01:03
Pembiayaan Peribadi AgroCash-i43710/2015Pembiayaan Peribadi AgroCash-i Memenuhi apa-apa jua keperluan anda Kelulusan dalam tempoh 24 jam Kadar keuntungan yang rendah tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun jumlah pembiayaan hingga RM200,000** Untuk kakitangan Kerajaan dan GLC Terpilih**Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201511/06448Lulus04/11/201505/11/201508:08:36
Emas Bukan Sekadar Hiasan61684/2016Tawaran Tunai Segera Untuk Memenuhi Segala Keperluan Peribadi AndaMajlis Perbandaran SelayangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11360Lulus07/12/201608/12/201609:38:58
123

Kembali ke atas