Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Hendaklah baik memilih pandan,
     Di dalam pandan ada duri;
Hendaklah baik membela badan,
     Di dalam badan ada diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Memilih tebu dapat teberau.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Zaleeya Signature6989/2015Kami memilih Zaleeya Signature sebagai nama syarikat kerana Zaleeya adalah cantuman nama keluarga manakala Signature itu adalah hasil kerja tangan produk kami.Majlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201503/05429Lulus09/03/201509/03/201507:33:57
AMAN BERAS TRADING26995/2017Kami memilih nama tersebut kerana ia menjelaskan perniagaan kami.Majlis Perbandaran SelayangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/15134Lulus08/05/201709/05/201709:33:24
RESIDENSI LAGUNA49929/2015kita memilih nama ini kerana jiran kita (seperti gambar yang dilampirkan) telah menggunakan nama yang sama. Kami berharap DBP akan meluluskan nama ini kepada kami yang dihargai. Sekian. Terima kasih.Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201512/07492Lulus08/12/201509/12/201512:10:51
Butik Nafyana30488/2014Tuan punya butik yang memilih nama tersebutMajlis Bandaraya Shah AlamButikTiadaDBP/KPB/201412/03838Lulus04/12/201404/12/201412:34:14
firah hub halal17023/2016BERSAMA-SAMA KITA MEMILIH PRODUK HALALTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/10859Lulus14/04/201614/04/201610:57:32
PUSAT KENDERAAN ELEKTRIK337/2016Sebab memilih nama ini kerana kami menjual dan membuat servis kenderaan elektrik seperti basikal elektrik, scooter elektrik, roda seimbang elektrik, ATV elektrik, kereta elektrik dan lain-lain yang berkaitan.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/07613Lulus05/01/201605/01/201614:10:42
Nanolex Malaysia9398/2015pihak syarikat yang memilih nama tersebut.Majlis Bandaraya Petaling JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201503/07049Lulus18/03/201519/03/201514:16:34
Tiramisu Cafe6289/2015pemilik kedai yang memilih nama tersebutMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/06261Lulus24/02/201525/02/201511:12:00
AGENSI PEKERJAAN SPEEDY GLOBAL64658/2016Kami memilih nama berkenaan kerana nama AGENSI PEKERJAAN SPEEDY GLOBAL adalah nama yang menunjukkan ia adalah office serantau kerana hiring partner kami di australia juga dengan nama yang sama .Majlis Perbandaran SerembanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201701/11201Lulus30/12/201603/01/201716:14:46
CMN KEAT MOTOR41207/2016saya memilih nama tersebut kerana nama tersebut mewakili perniagaan yang sedang saya jalankan.Majlis Perbandaran Sungai PetaniAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201608/11179Lulus19/08/201622/08/201608:27:09
12345

Kembali ke atas