Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabar


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Mencabar setiap elemen25786/2014Mencabar setiap elemen.Dewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201410/05971Lulus24/10/201427/10/201411:55:34
BMW X318595/2014Mencabar segalanya. RAYUAN DARIPADA KAMI Maksud NEXT CHALLENGE PLEASE dengan terjemahan bahasa MENCABAR SEGALANYA lebih bertepatan untuk iklan BMW ini. Manakala, cadangan pihak DBP untuk MENGATASI SEGALA CABARAN lebih membawa maksud kepada OVERCOMING ALDewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201408/03979Lulus20/08/201420/08/201414:23:26
MONASH UNIVERSITY48060/2016KITA MENCABAR STATUS QUO UNTUK PEMBANGUNAN YANG BERTERUSANMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/10899Lulus30/09/201604/10/201607:59:38
MONASH UNIVERSITY43752/2016KITA MENCABAR STATUS QUO UNTUK PEMBANGUNAN YANG BERTERUSANMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201609/09435Lulus02/09/201605/09/201618:14:08
UCSI9698/2016IMPIAN YANG MENCABARDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/09318Lulus04/03/201607/03/201608:45:12

Kembali ke atas