Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencapai

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kita baru mencapai pengayuh,
     orang sudah tiba ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Mencapai Impian Bersama Infineon272/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201505/05748Lulus24/03/201508/05/201509:29:47
MEMBANTU MENCAPAI MATLAMAT ANDA770/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201608/09023Lulus21/01/201609/08/201610:57:56
NSTP35819/2016"Berjaya mencapai 20 juta pelanggan baharu dengan kuasa media cetak + digital' adalah satu ayat yang lengkap cuma terpisah oleh skrin tv.TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/07764Lulus01/08/201601/08/201616:13:12
Astro - Akademi Fantasia21398/2014destinasi seterusnya: mencapai impian. realitinya di sini.Majlis Bandaraya Petaling JayaHiburanTiadaDBP/KPB/201409/04330Lulus12/09/201419/09/201409:19:20
19TH MALAYSIA TOURISM AWARDS16069/2015"ILTIZAM ANDA UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN BERMULA DI SINI" "YOUR QUEST FOR EXCELLENCE BEGINS HERE" TARIKH TUTUP PENCALONAN: 30 JUN 2015 NOMINATION CLOSING DATE : 30TH JUNE 2015 www.motac.gov.my/www.tourismmalaysia.gov.myDewan Bandaraya Kuala LumpurPelanconganTiadaDBP/KPB/201504/08361Lulus27/04/201527/04/201516:08:46
Astro Go Beyond - Astro Ria21251/2014-DESTINASI SETERUSNYA -MENCAPAI IMPIAN -REALITINYA DI SINIMajlis Perbandaran Ampang JayaHiburanTiadaDBP/KPB/201409/03983Lulus12/09/201415/09/201411:08:50
Bangkok-KL-Singapore (1809KM Berjaya Dicapai)18519/2015ISUZU BERJAYA MENCAPAI JIMAT MINYAK DARI BANGKOK KE SINGAPORE DENGAN 1809KM KURANG DARIPADA 1 TANGKI MINYAK YANG PENUH.TiadaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201505/07191Lulus13/05/201519/05/201512:35:25
total9476/2015operator pengkeluaran, pengangkutan dan rawatan perubatan disediakan, boleh mencapai rm1100 pendapatan kasarMajlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/07164Lulus18/03/201523/03/201508:04:22
Sime Darby Property4311/2015Reka Bentuk Terkini Kepelbagaian Rekreasi Persekitaran Hijau Gaya Hidup Semasa Akses Komprehensif Mencapai Aspirasi Anda Daftar SekarangMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201502/04720Lulus04/02/201505/02/201511:57:36
FORUM DAN EKSPO MAKANAN MAMPAN17171/2014FORUM DAN EKSPO MAKANAN MAMPAN Memartabatkan Usahawan dan Produk Tempatan Demi Mencapai Sistem Makanan yang MAMPAN (Sustainable Local Food System) Bertempat di SPACE U8 22,23,24 Ogos 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) 9.00 pagi – 10.00 malam “Cita-citaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201408/03019Lulus06/08/201406/08/201415:36:39
12

Kembali ke atas