Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak universiti akan ~ beberapa orang pen­syarah dr luar negeri; 2. menyebabkan (meng­akibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dll) sesuatu, me­nimbulkan: demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; moga-moga usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatangkan

Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(47)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(31)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Keselamatan Di Tempat Kerja9508/2016KEMALANGAN MENDATANGKAN IMPLIKASI, KESELAMATAN MENINGKATKAN INTEGRITI. KESELAMATAN ASAS PENCAPAIAN CEMERLANG. UTAMAKAN KESELAMATAN, TINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI, KITA MAMPU MENJAYAKANNYA. KESEDARAN TERAS KESELAMATAN. JADIKAN KESELAMATANMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/09319Lulus04/03/201607/03/201608:45:27
Saringan Slogan 20166495/2016PERATURAN KESELAMATAN IALAH PANDUAN TERBAIK. HIDUP BERMAKNA, SEDARI KESELAMATAN KATAKAN TIDAK KEPADA KECUAIAN, UTAMAKAN KESELAMATAN. LAKUKAN YANG TERBAIK DEMI KESELAMATAN BERSAMA KEMALANGAN MENDATANGKAN IMPLIKASI, KESELAMATAN MENINGKATKAN INTEGRITI KTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/07845Lulus15/02/201615/02/201615:55:07

Kembali ke atas