Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.bus] | منبوس

Definisi : 1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bus] | منبوس

Definisi : 1 membayarkan wang utk mengambil kembali barang-­barang yg telah digadaikan. 2 membeli balik barang-barang yg telah dijual. 3 membayarkan wang dll utk membebaskan orang tawanan, hamba dsb: Dia telah ~ anaknya yg diculik dgn membayar sejuta ringgit. 4 membayarkan wang kpd suami supaya menceraikannya (bkn seseorang isteri): ~ talak. 5 membela sesuatu kekalahan atau kegagalan; menutup malu: Dgn kemenangan itu, dia telah berjaya ~ kekalahannya tempoh hari. 6 berbuat kebajikan utk menghapuskan dosa yg telah dilakukan: Dia membanyakkan amal ibadat utk ~ dosanya. ~ guna menjalankan usaha dsb utk membaiki keadaan tanah supaya menjadi sesuai utk digunakan (utk bercucuk tanam, membina bangunan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebus
Kata Terbitan : menebus, penebusan, penebus,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
kumpul mata ganjaran untuk menebus hadiah14613/2017TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/17261Lulus20/03/201720/03/201712:03:33
PETRON22952/2014KUMPULKAN RESIT PEMBELIAN ASAL UNTUK MENEBUSMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04066Lulus02/10/201402/10/201414:50:22
My Unisex Saloon56721/2016* Loyalty Rewards adalah 1 sistem point maya dengan menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama.* Pelanggan boleh menebus point di beberapa tempat yang mengambil bahagian sebagai ‘duit tunai maya’ seperti di pusat beli-belah, pusat hiburan, spa dll.Majlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/12688Lulus15/11/201616/11/201608:19:59
Voucher33895/2015Syarat-syarat: 1. Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai. 2. Setiap pelanggan hanya boleh menebus satu baucar sahaja untuk SATU pek produk. 3. Tarikh sah baucar: (Tarikh) (original English text): Terms & Conditions: 1. This voucher is noTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/07557Lulus26/08/201528/08/201515:49:32
JUALAN HARI RAYA AIDILFITRI 6.6.2016-5.7.201623779/2016DENGAN PEMBELIAN JUMLAH TERTENTU (DENGAN RESIT TUNGGAL PADA HARI TERSEBUT)DI TINGKAT 1 DAN 2 .ANDA LAYAK MENEBUS HADIAH PERAYAAN DENGAN PERCUMA tertakluk pada terma dan syarat .sementara stok masih ada PEMBELIAN RM50 PERCUMA SAMPUL HARI RAYA PEMBELMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/11311Lulus17/05/201618/05/201608:07:36
Hallmark Regency Hotel12259/2014Daripada hanya dan seterusnya Bersih / Malam Untuk Tempahan * Walaupun Promosi tahan. * Pilih membentuk pelbagai Deluxe Kategori * Akses Wifi percuma * Sarapan bufet untuk 2 orang * Pemegang Kad Keutamaan layak menebus satu pusingan minuman seMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04549Lulus12/06/201413/06/201407:30:33

Kembali ke atas