Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Bestari35027/2016Hitachi Rantai & Rangkai MengangkatMajlis Perbandaran SelayangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/12221Lulus27/07/201628/07/201608:21:54
Gimnasium Sumo38761/2016emperkenalkan sejenis sukan yg terkenal di jepun dan ingin mempromosikan sukan bina badan untuk kesihatan dan mementingkan kekuatan dan gusti gaya seperti sukan Jepun. aktiviti adalah seperti berikut mengangkat besi-besi untuk menguatkan otot badanMajlis Daerah Hulu SelangorSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201608/09167Lulus09/08/201610/08/201608:24:21

Kembali ke atas