Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : , menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(3)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
WAKAKA F&B PLT11915/2017MENGHANTAR KEGEMBILAAN KAPADA KANAK KANAKMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/14220Lulus04/03/201706/03/201716:34:46
NOVA GOLD32253/2017Kami telah menghantar permohonan pengesahan yang sama pada 22/5/2017 dengan no. rujukan 31088/2017.Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/19462Lulus29/05/201730/05/201708:44:03
DOBI LAYAN DIRI9834/2017Perkhidmatan mengambil & menghantar, membasuh, mongering dan menggosok Cucian layan diri, cucian biasa, cucian keringMajlis Perbandaran KemamanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/13867Lulus02/03/201703/03/201712:19:40
WESTERN UNION19265/2015Hantar "DIRECT TO BANK" Sekarang Apabila menghantar melalui "DIRECT TO BANK", ia meliputi kebanyakan bank di Filipina yang hanya mengambil masa beberapa minit.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201505/07357Lulus19/05/201520/05/201511:53:10
WESTERN UNION19263/2015Hantar "DIRECT TO BANK" Sekarang Apabila menghantar melalui "DIRECT TO BANK", ia meliputi kebanyakan bank di Filipina yang hanya mengambil masa beberapa minit.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201505/07356Lulus19/05/201520/05/201511:52:45
WHITE SWAN LAUNDRY63982/2016KEDAI DOBI - CUCIAN KERING - CUCIAN BIASA - CUCIAN PERMAIDANI - GOSOK DAN LIPAT - MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENGAMBIL DAN MENGHANTAR CUCIAN TEL.: 019-2796339, 0192656339Majlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201612/13049Lulus20/12/201621/12/201612:09:17
WALK FOR HUMANITY - ROSE2ROSE15626/20161. WALK FOR HUMANITY adalah branding kami selama 3 tahun. dan selama ini pihak DBP setuju. 2. Kami telah menghantar permohonan untuk pengesahan sebelum ini. Pihak DBP minta untuk kami italickan sahaja.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09824Lulus06/04/201606/04/201614:01:45
HP Spectre37042/2016Komputer riba paling nipis di dunia HP Spectre Terbaharu Dijana oleh Intel Core i7 processor Komputer riba paling nipis di dunia: Berdasarkan analisa dalaman HP pada 2/10/16 ke atas para pembekal yang menghantar >1 juta unit dengan reka bentuk keraDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/08413Lulus04/08/201605/08/201608:10:33
Promosi Servis Motosikal Anda7026/2016PROMOSI SERVIS MOTORSIKAL ANDA SERENDAH RM250 TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT Alamat kami : No 51 Jalan Snuker 13/28 Tadisma Business Park Seksyen 13 40100 Shah Alam Selangor. Tel. 013-2219981 * PERKHIDMATAN MENGAMBIL & MENGHANTAR JUGA DMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10949Lulus14/04/201615/04/201607:45:14

Kembali ke atas