Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Secubit tiada dapat menjadi segenggam.

Bermaksud :

Tak dapat mengubah nasib yang sudah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
1) Kami Sedia Berkhidmat untuk 2) Membina dan Mengubah Suai Bangunan 3) Hiasan Dalaman31993/20151) Kami Sedia Berkhidmat untuk : 2) Membina dan Mengubah Suai Bangunan 3) Hiasan DalamanMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08415Lulus22/02/201622/02/201607:49:33
INI MENGUBAH SEGALA-GALANYA13691/2016Memperkenalkan 500mbps jalur lebar gentian kini di 250,000 kediaman dan semakin berkembangMajlis Perbandaran SepangTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201603/12117Lulus24/03/201624/03/201616:14:20
INI MENGUBAH SEGALA-GALANYA13690/2016Memperkenalkan 500mbps jalur lebar gentianDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201603/12116Lulus24/03/201624/03/201616:13:33
INI MENGUBAH SEGALA-GALANYA13420/2016MEMPERKENALKAN 500MBPS JALUR LEBAR GENTIANDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/12109Lulus24/03/201624/03/201616:04:18
INI MENGUBAH SEGALA-GALANYA13419/2016MEMPERKENALKAN 500MBPS JALUR LEBAR GENTIANMajlis Perbandaran SepangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/12108Lulus24/03/201624/03/201616:03:48
Pengambilan Pelajar Belajar Berenang40995/2015Berenang boleh mengubah hidup anda , Beaver boleh membantu anda!TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/08584Lulus15/10/201515/10/201515:16:23
MW RICH (M) SDN BHD11783/2017Mengubah Suai Kontena, Pejabat Kontena/Kontena, Rumah Kontena, Inap Keluarga, Kafe, Tandas dan lain-lain.Majlis Perbandaran Pasir GudangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/13957Lulus03/03/201706/03/201707:54:08
Bunting10245/2017Pindaan/Komen : 1. Betulkan kepada MENGUBAH PENAMPILAN DIRI DENGAN PRODUK BAHARU KAMI. 2. PROMOSI !! = PROMOSI! 3. Sila tukar semua simbol & kepada DAN. 4. KEPADA = PADA 5. Rapatkan semua tanda / pada perkataan dan nombor.Majlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201702/13948Lulus25/02/201727/02/201711:16:35
Pengambilan Pelajar Belajar Berenang40605/2015Berenang boleh mengubah hidup anda , Beaver boleh membantu anda!Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/08404Lulus12/10/201513/10/201518:43:08
RK KOLEKSI6782/2015MENERIMA TEMPAHAN JAHITAN PELBAGAI FESYEN, MENJUAL PAKAIAN SIAP DAN MENGUBAH SUAI PAKAIANMajlis Perbandaran KluangPakaianTiadaDBP/KPB/201503/05428Lulus06/03/201509/03/201507:31:25
12

Kembali ke atas