[me.nu.buh.kan] | منوبوهکن
Definisi : 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nu.buh.kan] | منوبوهکن
Definisi : 1 mendirikan sesuatu persatuan dll; membentuk (jawatankuasa dll): Mereka telah ~ pasukan penentang Jepun secara sulit. 2 mengadakan; membina: Kerajaan telah ~ balai raya di kampung-kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)