[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ
Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan disambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (telefon yg mendapat panggilan dgn sambungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ
Definisi : 1 memberikan tambahan supaya menjadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 menghubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)