Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lam] | مڽلم

Definisi : 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lam] | مڽلم

Definisi : 1 memasukkan se­­­­luruh badan ke dlm air; mem­be­nam­kan seluruh badan ke dlm air: Kami sangat suka berenang dan ~ di sungai itu. 2 masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: ~ mutiara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,

Puisi
 

Rendah geroda menggaris awan,
     Turun ke laut menyelam diri;
Seksa sangat hajat tuan,
     Macam kudaki gunung yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pandai menyelam air dangkal.

Bermaksud :

Pandai membawa diri.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT MENYELAM32260/2015PUSAT MENYELAM Jenama Dimiliki Oleh; Elite Scuba Sdn Bhd Lesen MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/06387Lulus14/08/201518/08/201509:50:57
KEDAI PERALATAN MENYELAM27354/2017KEDAI PERALATAN MENYELAMMajlis Bandaraya Petaling JayaSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201705/15325Lulus05/05/201710/05/201723:16:36
KEDAI PERALATAN MENYELAM24839/2015KEDAI PERALATAN MENYELAMMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08473Lulus20/06/201522/06/201509:45:15
KEDAI PERALATAN MENYELAM849/2015KEDAI PERALATAN MENYELAMDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/04743Lulus08/01/201513/01/201511:21:53
kedai peralatan menyelam11393/2014kedai peralatan menyelamTiadaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201405/05178Lulus29/05/201429/05/201414:01:12
PERKHIDMATAN MEMBAIK PULIH PERALATAN MENYELAM31101/2014TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201412/04541Lulus09/12/201411/12/201415:13:45
Kerja Kejuruteraan Marin Dan Perkhidmatan Menyelam25571/2014TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05792Lulus21/10/201423/10/201415:10:37

Kembali ke atas