Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jikalau gopoh main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(11)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
STOR MENYIMPAN KERETA16566/2014STOR MENYIMPAN KERETATiadaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201407/05693Lulus23/07/201424/07/201407:51:05
PUSAT PENGUMPULAN DAN MENYIMPAN BARANG-BARANG LUSUH21504/2015PUSAT PENGUMPULAN DAN MENYIMPAN BARANG-BARANG LUSUH SRI JAYA METAL TRADING SDN BHDDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/08806Lulus29/05/201529/05/201515:01:02
STOR MENYIMPAN KENDERAAN PERDAGANGAN22030/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201506/06334Lulus02/06/201504/06/201509:07:37
MENJUAL DAN MENYIMPAN KERETA15785/2017PUSAT JUALAN DAN STOR KERETA PERODUA DIMILIKI OLEH: WRC AUTO SDN.BHD.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201703/17658Lulus21/03/201721/03/201715:50:48
GUDANG11676/2016Untuk menyimpan barangMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/10603Lulus14/03/201615/03/201608:20:53
KEDAI KENDERAAN MOTORSIKAL DAN BASIKAL17828/2014MENYIMPAN, MEMBAIKI, MENGECAT, MENJUAL, MEMBELI MOTORSIKAL DAN BASIKAL.Majlis Perbandaran KuantanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201408/03453Lulus13/08/201413/08/201414:58:33
Gudang Paluan Sejati Sdn Bhd36399/2015Untuk menyimpan barang-barang yang digunakan untuk tujuan "Education Awarenes" yang mana barang-barang tersebut diperuntukkan oleh klien.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/07367Lulus14/09/201516/09/201506:39:37
PENJUAL DAN PEMBAIK PELET KAYU34118/2016MENGUMPUL DAN MENYIMPAN BAHAN-BAHAN TERPAKAI.Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10641Lulus18/07/201619/07/201607:45:59
GUDANG MUTUAL BUDGET SDN BHD (438738-D)26839/2017KAMI MEMILIH NAMA GUDANG MUTUAL BUDGET SDN. BHD. KERANA DISINI KAMI MENYIMPAN STOK DAN BARANG UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN PELANGGAN DENGAN CEPAT. SELAIN ITU, TEMPAT INI JUGA KAMI MANAMAKAN SEBAGAI GUDANG KERANA SYARIKAT KAMI MEMBANTU PROSES PENERIMAANMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/14487Lulus04/05/201704/05/201712:22:53
BANNER PROMOSI PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI52815/2016www.ptptn.gov.my Promosi Akhir Tahun Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai hingga RM12,000 sebelum 31 Disember 2016 Jom Menyimpan dalam SSPN-i Plus dan SSPN-i Cabutan Wow! SSPN-i Plus #mustduit (hashtag rasmi untuk SSPN-i Plus) Cabutan Tahunan TempoPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/09986Lulus31/10/201601/11/201608:25:02
12

Kembali ke atas