Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SAPPHIRE OASIS SDN BHD (1085063-T)14096/2014NO 4, JALAN MESRA 1, TAMAN MESRA, GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM, SELANGORMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201406/05451Lulus24/06/201424/06/201415:22:11
MESRA LAUNDRY18856/2017MESRA LAUNDRYMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/13739Lulus03/04/201704/04/201708:56:12
Mesra5958/2014MesraMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201403/04498Lulus27/03/201428/03/201410:47:13
KLINIK MESRA MEDIK54157/2016KLINIK MESRA MEDIKMajlis Perbandaran NilaiUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201611/10327Lulus01/11/201602/11/201610:14:04
MESRA RIA MART2443/2017PASAR MINI MESRA RIA MART PG0383862-PMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/13514Lulus17/01/201718/01/201708:44:05
TADIKA CILIK MESRA7733/2016TADIKA CILIK MESRA No. 4, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 012-260 5263Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201602/08750Lulus23/02/201623/02/201612:17:53
Logo Mesra Petronas19701/2017KEDAI SERBANEKA MESRA DIMILIKI OLEH: SJ TRADE BERKAT (002387785-V)Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201704/14298Lulus05/04/201705/04/201716:00:44
DOBI MESRA48247/2016KEDAI DOBI DOBI MESRA LAUNDRY PENYELESAIAN CUCIAN HARIAN ANDA YOUR LAUNDRY SOLUTION IG:@dobimesraMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201610/11111Lulus04/10/201605/10/201607:59:21
Karnival Mesra Bersama Rakyat Pantai Kg.Makam13742/2017KARNIVAL MESRA BERSAMA RAKYAT PANTAI KG. MAKAM 17 - 26 Mac 2017 ACARA MENARIK : Pelbagai Gerai Jualan Pertandingan Kompang Pertandingan Nasyid Pertandingan Marhaban Sukaneka Rakyat Pertandingan Karaoke Pertandingan Fesyen Pertandingan MeMajlis Daerah MersingMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/16196Lulus14/03/201715/03/201711:26:53
Klinik Mesra Jaya9149/2016Kami hendak klinik mesra dan berjaya.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/08820Lulus01/03/201602/03/201609:05:35
12345678910...

Kembali ke atas