Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta] | مينتا

Definisi : 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[min.ta] | مينتا

Definisi : ; berminta berharap supaya diberi sesuatu. meminta 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. ~ ampun (maaf) memohon supaya diberi ampun atau maaf. ~ berhenti memberitahu hendak berhenti drpd pekerjaan. ~ diri memohon supaya dibenarkan pergi atau pulang. ~ jalan memohon supaya diberi jalan utk dilalui. ~ nyawa memohon supaya tidak dibunuh. ~ sedekah mengemis. ~ tolong memohon pertolongan. meminta-minta 1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis. permintaan 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. peminta orang yg meminta: ~ sedekah pengemis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)

316

Nobody believes a liar when he speaks the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
ORIGIN16942/2016Minta maaf atas kesilapan atas lampiran pihak kami.Majlis Perbandaran TemerlohPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201604/10841Lulus14/04/201614/04/201610:10:51
PROGRAM BULAN BAHASA40547/2015MINTA PERBETULKAN EJAAN DAN AYAT JIKA ADA KESALAHANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/08252Lulus12/10/201513/10/201508:12:48
taska21827/2016taska (minta bahasa melayu)Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09722Lulus05/05/201606/05/201615:56:34
TAMAN CEMERLANG JAYA232/2016Minta maaf kerana tertekan "hapus". Sila Refer No. Pendaftaran 52897/2015 Sejarah Pengesahan Bilangan Pengesahan : 1 - Tarikh Mula Proses Permohonan : 28/12/2015 13:53 - Tarikh Pengesahan : 29/12/2015 07:46 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - PiMajlis Perbandaran Batu PahatPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201601/07593Lulus05/01/201605/01/201611:36:13
persatuan pangluk24814/2015minta maaf , banner ini untuk persatuan sembayang dalam bulan hantu .sila dilulukan .terima kasihMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/06484Lulus04/07/201506/07/201507:43:00
waktu operasi baru30853/2014minta tolong semak cepat terima kasihMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/04449Lulus10/12/201410/12/201415:16:25
Fipro Construction241700/2016MPJBT officer minta tulis dalam "PEJABAT KONTRAKTOR MENGECAT BANGUNAN" Ya betul. Kami menerima tempahan kerja mengecat bangunan sahayaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/11650Lulus23/08/201624/08/201615:36:44
BUNTING36298/2015sudah tukar apa yang u minta , apa lagi nak tukar?Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/07711Lulus17/09/201518/09/201508:39:30
PEJABAT KONTRAKTOR REKA BENTUK DALAMAN33466/2016Minta maaf, MPJBT surut tukat PEJABAT KONTRAKTOR REKA BENTUK DALAMAN. Tulisan bawah En Multi Coat Sdn. Bhd. - Kitchen and Bathroom Refinishing Coating sudah dapat Trade Marks. (ntellectual property corporation of malaysia)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/09962Lulus13/07/201613/07/201612:37:37
PENDAFTARAN TADIKA 201634825/2015Pembetulan telah di lakukan minta jasa baik dewan bahasa dan pustaka menngesahkannya..Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201509/06537Lulus09/09/201509/09/201514:47:12
123

Kembali ke atas