Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.dal] | مودل

Definisi : 1. wang atau harta benda yg diper­gunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah keka­yaan dll), pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu habis; barang ~ barang-barang yg dapat menghasil­kan barang-barang lain (spt alat penenun dll); penanaman ~ perihal menggunakan modal utk mendapat keuntungan (dlm perniagaan, perusahaan, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau mencapai sesuatu yg lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk ber-isteri; baginya pelajaran adalah ~ terpenting utk mencapai kejayaan; 3. ki bp buah fikiran, idea: aku kehabisan ~ utk menyampuk cakap teman-temanku; ~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt barang-barang men­tah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha) gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll); semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm perusahaan dll; bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar; bermodalkan mempunyai (atau mengguna­kan) sesuatu sbg modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu; memodali memberi modal (utk sesuatu per­niagaan, perusahaan, dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu; kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung; permodalan; syarikat ~ syarikat yg mena­nam modalnya dlm perniagaan atau per­usahaan lain utk mendapat keuntungan; pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.dal] | مودل

Definisi : wang atau harta benda yg digunakan sbg dasar atau asas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ insan modal yg ada pd seseorang insan, spt ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal dan rohani. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): Syarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan segala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
modal (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, sumber, dana, biaya, aset, tabungan, simpanan stok, syer, saham;,
Kata Terbitan : pemodal,

Puisi
 

Pusing gasing tangan kidal,
     Tali pendek putus sejengkal;
Kalau untung bercampur modal,
     Itu tanda berniaga tak kekal.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Paddy-i21927/2016Paddy-i Modal pusingan untuk aktiviti tanaman padi Program Rakan Ladang Ansuran serendah RM32.00 semusim* Kos sara hidup hingga RM1,300.00 semusim* Had pembiayaan hingga RM50,000.00 Kadar keuntungan serendah 3.25%* Tiada cagaran/jaminan diperlukan*Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201605/09613Lulus05/05/201606/05/201609:37:55
Pembiayaan Perniagaan Mikro32182/2015Pembiayaan Perniagaan M1KRO MODAL USAHAWAN 1 MALAYSIA Pengeluaran Pemprosesan Pemasaran Perkhidmatan Pembiayaan sehingga RM50,000.00* Kadar efektif serendah 7.92% setahun Ansuran serendah RM3.96 sehari** Margin pembiayaan sahingga 100%* TempohDewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201508/06379Lulus13/08/201518/08/201509:18:47
BERNAS PADDY-i28965/2016Program Rakan Ladang BERNAS PADDY-i Modal Pusaingan untuk aktiviti tanaman padi Had pembiayaan hingga RM50,000.00* Kadar keuntungan serendah 2.52%** semusim Tiada cagaran/jaminan diperlukan** visual adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja Tertakluk paDewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201606/11536Lulus10/06/201613/06/201608:36:05
Seminar Borong21966/2014Virus Moomol kini melanda seluruh Malaysia 8 Juta produk diniagakan tanpa modalMajlis Bandaraya Shah AlamUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201409/04617Lulus22/09/201422/09/201415:57:59
Jangan Risau FOG Kan Ada451/2017Ayat untuk bunting: 1. JUALAN SAWIT TAK BALIK MODAL? Jangan Risau, FOG Kan Ada 2. BUAH SAWIT KURANG? Jangan Risau, FOG Kan Ada 3. TANDAN SAWIT SEDIKIT? Jangan Risau, FOG Kan Ada 4. MASALAH POKOK JANTAN? Jangan Risau, FOG Kan Ada 5.Majlis Daerah Kuala SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/11820Lulus04/01/201706/01/201717:37:40
IKLAN JAWATAN KOSONG42646/2016JAWATAN KOSONG OPERATOR PENGELUARAN WAKTU TEMU DUGA: HARI - SELASA DAN KHAMIS WAKTU - 9.00 PAGI-12.30 TENGAH HARI -1.30 TENGAH HARI -3.00 PETANG TEMPAT - BAHAGIAN MODAL INSANMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09125Lulus01/09/201602/09/201609:18:16
Pusat Tuisyen Bahagia Jaya44441/2015Nama ini dipilih kerana pusat kita ingin menjayakan bidang akademik dalam kalangan pelajar dengan memberikan alam pembelajaran yang kondusif dan selesa agar kita dapat menyemai lebih ramai modal insan yang cemerlang demi masa depan negara.Majlis Perbandaran Port DicksonPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/06620Lulus04/11/201505/11/201515:50:04
Pengiklanan Bunting (Taman Tasik Puchong, Taman Perindustrian Tasik Perdana, Jalan Meranti Permai, Jalan D' Island & Jalan PTP 1/1)8458/20171) RUMAH BERKEMBAR 2 TINGKAT 40' X 80' - Gambaran Artis - Sebuah projek berprestij oleh - Pemaju: Astana Modal (M) Sdn. Bhd. ( Kumpulan syarikat LBS Bina Group Bhd. ) Nombor Lesen Pemaju: 11482-2/06-2017/02112(L)Majlis Perbandaran SepangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/12340Lulus17/02/201717/02/201715:18:39

Kembali ke atas