Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ka] | موک

Definisi : 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. se­belah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi se­benarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat­buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa men­jelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), ber­temu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-ha­dapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) me­ngemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ka] | موک

Definisi : 1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dahi hingga ke dagu: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ a. rupa muka. b. maruah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman (buku, makalah dll). 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. kehilangan ~ mendapat malu. muka-muka; dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalan itu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning di muka pintu,
     Gajah bersila di dalam mangkuk;
Putih kuning di muka pintu,
     Buat ubat mata mengantuk.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Muka berpandangan,
     budi kedapatan,
kasih bagai selama juga.

Bermaksud :

Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pelangsingan Dua Bahagian dalam Satu Masa51816/2016Pelangsingan Dua Bahagian dalam Satu Masa Terapi Pelansingan Tradisional Lipolisis Muka 3D Pecah Lemak Muka RF2 Mencerahkan Muka Isnin - Jumaat 9.30 pg. - 10.00 mlm. Sabtu dan Ahad 9.30 pg. - 9.00 mlm.Majlis Perbandaran SelayangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201610/14311Lulus24/10/201625/10/201607:50:44
Pelangsingan Dua Bahagian dalam Satu Masa14154/2017Terapi Pelangsingan Tradisional, Lipolisis Muka 3D, Pelangsingan Dua Bahagian dalam Satu Masa, Pecah Lemak Muka RF2, Mencerahkan Muka.Majlis Perbandaran SelayangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201703/16353Lulus13/03/201715/03/201716:09:22
Rawatan Muka Karbon Laser32475/2014RAWATAN MUKA KARBON LASER Pemutihan Antipenuaan Meningkatkan Tekstur Kulit Pembersihan Muka Harga Promosi RM288 Tel.: 07-5548207 / 5549227Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201412/05348Lulus19/12/201419/12/201416:22:40
Rawatan Muka Karbon Laser32474/2014RAWATAN MUKA KARBON LASER Pemutihan Antipenuaan Meningkatkan Tekstur Kulit Pembersihan Muka Harga Promosi RM288 Tel.: 07-3533897 / 3527664Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201412/05347Lulus19/12/201419/12/201416:20:59
Salun Anggun Sutra11928/2015SALUN ANGGUN SUTRA 017-6046982 / 016-6540696 RAWATAN MUKA Rawatan pemutihan muka Parut,Jeragat,Jerawat,Buang tahi lalat, Kutil,Ketuat,Resdung RAWATAN BADAN Menegangkan payudara, Menghapuskan Lemak,Stria kehamilan, Kulit kering,Tumit pecahMajlis Perbandaran Alor GajahSalunTiadaDBP/KPB/201505/08575Lulus27/05/201528/05/201509:58:43
promosi30435/2016Promosi Rias Kuku - RM68 Gel Rias Kuku - RM99 Rawatan Muka - RM69 Rawatan Muka Laser - RM128 Hiasan dan Rawatan Kening - RM99 IPL Ketiak - RM68 IPL Kaki - RM140 Rawatan Rambut daripada RM99 ke atasMajlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201607/09400Lulus05/07/201611/07/201607:30:08
RAWATAN MUKA36841/2015RAWATAN MUKAMajlis Bandaraya Shah AlamKosmetikTiadaDBP/KPB/201509/07684Lulus17/09/201518/09/201508:03:32
Rawatan Muka20104/2015Rawatan MukaMajlis Perbandaran MuarKosmetikTiadaDBP/KPB/201505/08319Lulus22/05/201526/05/201515:47:15
RAWATAN MUKA26477/2014RAWATAN MUKAMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahKosmetikTiadaDBP/KPB/201411/03543Lulus30/10/201403/11/201411:34:12
Rawatan Muka Oksigen V30852/2017Rawatan Muka Oksigen V Harga Promosi RM99 NP: RM198 La Morr Beauty House 038060007Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/18363Lulus24/05/201724/05/201716:15:47
12345678910...

Kembali ke atas