Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.lia] | موليا

Definisi : 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehor­matan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.lia] | موليا

Definisi : 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
taman mulia sitiawan26356/2017taman mulia sitiawan rumah konsep idaman anda kunjungi segera 016-3700006Majlis Perbandaran ManjungMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/14249Lulus02/05/201704/05/201708:43:33
taman mulia sitiawan26359/2017taman mulia sitiawan rumah konsep idaman anda kunjungi segera 016-3700006Majlis Perbandaran ManjungPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14307Lulus02/05/201704/05/201709:08:30
taman mulia sitiawan26358/2017taman mulia sitiawan rumah konsep idaman anda kunjungi segera 016-3700006Majlis Perbandaran ManjungPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14310Lulus02/05/201704/05/201709:08:52
taman mulia sitiawan26353/2017taman mulia sitiawan rumah konsep idaman anda kunjungi segera 016-3700006Majlis Perbandaran ManjungPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14311Lulus02/05/201704/05/201709:09:15
Daulat Tuanku2245/2014Daulat Tuanku Allah Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Negeri Kedah Darul Aman. Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-86Majlis Bandaraya Alor SetarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201402/03128Lulus10/02/201410/02/201412:35:13
Taman Mulia23082/2015TiadaMajlis Perbandaran ManjungPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201506/07656Lulus15/06/201515/06/201515:56:53
FARMASI MULIA2838/2015FARMASIMajlis Perbandaran Batu PahatUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201501/06346Lulus22/01/201526/01/201510:40:27
Taska Mulia Gembira Baru15262/2014Sizes : 10'(w)x3'(h)Majlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/04481Lulus04/07/201407/07/201411:08:52
TADIKA SERI MULIA56051/2016PENDAFTARAN BAHARUMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/12437Lulus14/11/201615/11/201609:01:35
Pusat Tuisyen Mulia6469/2016TiadaMajlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201602/07980Lulus16/02/201616/02/201612:32:23
12345

Kembali ke atas