Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang; ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri­negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menung-gal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun; semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira­kira setahun (dr musim tertentu hingga kem­bali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; bermusim 1. sudah sampai atau tiba musim­nya; belum ~ belum sampai musim atau masa­nya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; musiman mengikut musim (waktu) terten­tu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1 masa yg tetap dlm setiap tahun mengikut perubahan iklim: Dlm ~ sejuk, salji turun dgn banyaknya. 2 masa yg tertentu dlm tiap-tiap tahun (ketika pokok berbuah dll): ~ durian. 3 masa berlakunya sesuatu: ~ perang. ~ bah musim hujan dan selalu berlaku banjir. ~ haji musim orang menunaikan fardu haji. ~ luruh musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. ~ menuai masa menuai padi. ~ tengkujuh musim hujan selalu turun. bermusim 1 sudah sampai atau tiba musimnya: Durian belum ~ lagi. 2 mengikut musim (tidak sebarang waktu saja): Durian dan rambutan ialah jenis buah-buahan yg ~. semusim sama musimnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,

Puisi
 

Ada seorang nama Cik Daud,
     Tanam bunga di tepi kolam;
Musim ini musim ribut,
     Bolehkah karam di laut dalam?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDATANGAN MUSIM BUNGA5637/2014KEDATANGAN MUSIM BUNGA DARI MAC HINGGA JUN RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIM TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAMMajlis Bandaraya Shah AlamPelanconganTiadaDBP/KPB/201403/04229Lulus24/03/201425/03/201412:12:50
MUSIM BUNGA DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM5597/2014MUSIM BUNGA DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM HANYA RM3 DEWASA KANAK-KANAK RM1 RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIMMajlis Bandaraya Shah AlamPelanconganTiadaDBP/KPB/201403/04264Lulus25/03/201426/03/201407:28:16
Musim Bola Sepak Kembali38883/2016Musim Bola Sepak Kembali Hanya Di AstroDewan Bandaraya Kuala LumpurMedia ElektronikTiadaDBP/KPB/201608/09208Lulus09/08/201610/08/201608:56:23
UMRAH MUSIM SEJUK40021/2016UMRAH MUSIM SEJUK Harga Daripada RM 6,380 Hubungi Talian Utama Kami Melalui Talian:Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/10110Lulus15/08/201616/08/201608:11:43
Jualan Penghabisan Musim30555/2015Jualan Penghabisan MusimTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/05143Lulus06/08/201506/08/201510:00:34
TAWARAN HEBAT MUSIM INI1227/2014TAWARAN HEBAT MUSIM INI. PERCUMA HUAWEI ASCEND Y511. TELEFON PILIHAN RAMAI 2013. RM799 HTC ONE. Tertakluk pada terma dan syarat. maxisDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201401/03380Lulus21/01/201422/01/201409:46:01
Mencari Ramli Musim 48032/2015MENCARI RAMLI MUSIM 4Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05855Lulus10/03/201512/03/201508:49:40
Jualan Akhir Musim25130/2016Jualan Akhir MusimMajlis Bandaraya IpohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/12765Lulus25/05/201625/05/201614:47:01
Sekolah Musim Panas16170/2015Pelbagai kursus disediakan di SEKOLAH MUSIM PANAS Minggu 1 22 - 26 Jun 2015 Minggu 2 20 - 24 Julai 2015 Minggu 3 27 - 31 Julai 2015 Telefon atau daftar dalam talian di +60 3 6145 4688 summerschool. igbis.edu.myMajlis Perbandaran SelayangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201504/08899Lulus30/04/201530/04/201509:21:24
Mencari Ramli Musim 48031/2015MENCARI RAMLI MUSIM KE 4Majlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/05854Lulus10/03/201512/03/201508:49:17
1234567

Kembali ke atas