Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Plaza Pelangi- TM New(jawi)58700/2016Miliki jalur lebar tanpa had dengan Unifi atau Unifi Biz daripada RM179. **Nota: huruf ر memang nampak ade nampak jarak dengan huruf selepasnya, bukan dijarakkan. 12x hadiah utama percutian untuk 2 orang kr Old Trafford! 300x hadiah bonus baranganMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/14326Lulus24/11/201624/11/201615:53:39
Jualan Tahun Baru1604/2016Jualan Tahun Baru Nampak Menarik, Rasa GembiraDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201601/08528Lulus12/01/201612/01/201611:47:18
TVC 1C7005/2014Itu sasaran kita! Jangan sampai mereka nampak. Cepat sembunyi!Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03484Lulus08/04/201409/04/201415:00:58
TVC 1b6995/2014Itu sasaran kita! Jangan sampai mereka nampak. Cepat sembunyi!Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03479Lulus08/04/201409/04/201414:40:05
TVC 1a6986/2014Itu sasaran kita! Jangan sampai mereka nampak. Cepat sembunyi!Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03463Lulus08/04/201409/04/201411:29:12
Berikhtiar Dengan Produk ANUGERAH41815/2016sakit? Nak Anak Pandai? Nak Nampak Cantik? Berikhtiar Dengan Produk Anugerah Pelbagai Tawaran Menarik Menanti AndaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/11690Lulus23/08/201624/08/201620:59:32
towel kok50997/2016ada orang tulis address pakai dan bukan & ? pertama nampak...Majlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201610/13388Lulus18/10/201619/10/201608:39:43
WCT Gateway28510/2014Untuk pengetahuan Tuan/Puan, perkataan Pusat Beli-Belah sememangnya sudah dirapatkan... Di dalam visual nampak seperti ada jarak kerana Font yang besarTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201411/05543Lulus25/11/201426/11/201408:10:45
Kedai Pakaian6726/2016Kedai Pakaian pakaian vintaj OMB vintage clothing Dimiliki oleh: MSS Hijrah Sdn. Bhd. *Nota: tulisan 'Sdn.' di dalam gambar memang tiada jarak tetapi nampak seakan-akan ada jarak.Majlis Daerah Kuala SelangorPakaianTiadaDBP/KPB/201602/08015Lulus16/02/201616/02/201616:12:29

Kembali ke atas