Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. waktu yg akan datang, masa ke­mudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adu­kan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau me­nyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 waktu yg akan datang; kemudian; kelak: Apabila saya besar ~, saya hendak menjadi doktor. 2 kalau tidak; jika tidak: Baik engkau pergi sekarang juga, ~ ketinggalan bas. 3 tentu; nescaya: ~ marah ia kalau engkau tidak meminta maaf kpdnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanti I

Puisi
 

Rumah buruk pintu sembilan,
     Nanti roboh tidakkan roboh;
Laksana pungguk rindukan bulan,
     Nanti jatuh tidakkan jatuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Kubur kata mari,
     rumah kata nanti.

Bermaksud :

Orang yang sudah lanjut usianya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Billboard - Klinik Pakar Kulit Ko27221/2014Off jalan tidak boleh tukar ke melalui jalan, kerana ialah nama jalan, nanti orang tidak dapat cari tempat diaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/04071Lulus08/11/201410/11/201407:37:52
Billboard - Klinik Pakar Kulit Ko27220/2014Off Jalan ialah nama jalan, kami tidak boleh tukar ke melalui jalan, nanti orang tidak dapat cari tempat diaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/04070Lulus08/11/201410/11/201407:37:15
AURA MINI MARKET4310/2015Mudah di sebut dan mudah di ingati. SYARIKAT BERAS JATI AKAN SPONSOR PAPAN IKLAN INI NANTIMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201502/05207Lulus10/02/201510/02/201516:07:05

Kembali ke atas