Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu mele­tuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ ter­hadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat men­dapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penye­baran budaya ~ yg dianggap oleh penyebar­nya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti ada­nya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki mena­gih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menun­jukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : /négatif/ 1 pernyataan bukan atau tidak setuju; ingkar. 2 filem gam­bar yg menunjukkan terang gelap bayangan gambar yg terbalik ke­ada­annya. 3 = nombor ~ nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elek­trik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). menegatifkan menjadikan atau meng­anggap negatif: Tanggapan yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita kurang berani utk menghadapi cabaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata negatif


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MESIN TERAPI ELEKTROSTATIK ION NEGATIF TEKNOLOGI PERUBATAN JEPUN11122/2016MESIN TERAPI ELEKTROSTATIK ION NEGATIF TEKNOLOGI PERUBATAN JEPUNMajlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/10294Lulus11/03/201614/03/201608:03:42
v.231-PUMA-BktBtg.Hoardg30502/2015Dihormati DBP/Pn Putri. Menurut konsep kreatif, visual PUMA ini menampilkan konsep Pro&Contra (Sikap Positif 'lawan-vs' Negatif) menggunakan garisan/highlighted pd caption/ayat). 'ALASAN' adalah sifat negatif. Tapi bila menggunakan kasut PUMA akan lebih aDewan Bandaraya Kuala LumpurSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201508/05020Lulus05/08/201505/08/201514:37:27
PROMOSI HEBAT!!!10725/2015PROMOSI HEBAT!!! HARGA+GST RM628.00 1HP 'NEGATIF ION FILTER' PENYAMAN UDARA+JAMINAN 5 TAHUN 09-5670488Majlis Perbandaran KuantanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201503/07787Lulus25/03/201525/03/201516:02:25

Kembali ke atas