Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak di­kerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kia­mat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tum­buhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sung­guh-sungguh sebelum melakukan sesuatu me­nurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padang­nya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagi­kan sesuka hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : kawasan tanah yg luas dan tidak ditumbuhi pokok; tanah yg lapang. ~ bola padang tempat bermain bola. ~ jarak ~ tekukur kawasan yg luas yg ditinggalkan. ~ mahsyar padang tempat sekalian makhluk Allah berhimpun di akhirat kelak. ~ minyak kawasan tanah yg ada petroleum di dlmnya. ~ pasir kawasan yg tidak ditumbuhi apa-apa kecuali dipenuhi pasir saja. ~ ragut padang yg ditumbuhi rumput tempat lembu, kambing dsb meragut rumput. ~ rumput padang yg hanya ditumbuhi rumput. ~ tembak kawasan tempat berlatih menembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padang (kata nama)
Bersinonim dengan gelanggang, litar, stadium, arena; lapangan, dataran, halaman, alun-alun, tanah lapang; kancah, medan.,

Puisi
 

Rumput padang tumbuh di padang,
     Sayang keduduk tidak berbunga;
Asal dagang pulang ke dagang,
     Kalau duduk tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Bagai berseru di padang pasir.

Bermaksud :

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).

 

Lihat selanjutnya...(21)

116

So many countries, so many customs

Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam.

Lain padang, lain belalang.

So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful.

Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESTORAN GARUDA BARU5761/2014RESTORAN GARUDA BARU MASAKAN MINANG ISTIMEWA NASI PADANG, AYAM RENDANG KAMPUNG, AYAM GORENG KAMPUNG, SOTO PADANG, SATE PADANG MAK YU, SUP EKOR, SUP KAKI SAPITiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201403/04353Lulus26/03/201427/03/201408:18:28
Kejohanan Ragbi KGV25020/20141 & 2 November 2014 Padang KGV dan Padang MPSMajlis Perbandaran SerembanSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201410/05337Lulus16/10/201417/10/201414:32:59
ROME TRADING & ENGINEERING3714/2016PEJABAT URUSAN NO. 35, JALAN PADANG TEMBAK, TAMAN PADANG TEMBAK,86200KLUANG, JOHOR. NO. TEL.: 010 8270195, 07 7764504 KERJA KEJURUTERAAN, KIMPALAN, FABRIKASI, ELEKTRIK SERTA UBAH SUAI BANGUNAN DAN KEDIAMAN JM0674116-AMajlis Perbandaran KluangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201601/10644Lulus27/01/201627/01/201612:33:46
Signboard premis17475/2016Kilang Roti, Fresh Bread & Coffee, Keluaran muslim, B29-Tingkat Bawah, Lorong Padang Permai 40, Perumahan Padang Permai, 25200 Kuantan Pahang.Majlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/10937Lulus14/04/201614/04/201616:01:13
Kedai Periklanan dan Percetakan23574/2014Kedai Periklanan dan Percetakan E-mel :glideartads@gmail.com B10 Tingkat Bawah, Lorong Kg. Padang 27, Taman Kampung Padang Jaya, 25200 Kuantan, Pahang Kain Rentang (Banner) . Gegantung (Bunting) Pelekat (Sticker) . Signboard . Plat Nombor . MencetMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05463Lulus20/10/201420/10/201414:25:51
Lepak @ Padang22553/2014Lepak @ Padang RESTORAN DAN KATERINGMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/05317Lulus30/09/201430/09/201412:38:59
Padang Sukan Paintball5172/2014Padang Sukan Paintball Kelab Paintball MudlegionTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201403/03824Lulus18/03/201419/03/201409:03:31
Lepak @ Padang22549/20141. Lepak @ Padang 2. Hidangan Asli dan Tradisional 3. RESTORAN DAN KATERINGMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/05318Lulus30/09/201430/09/201412:39:28
RESTORAN NASI PADANG5743/2017RESTORAN NASI PADANGMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201702/09823Lulus02/02/201702/02/201715:38:27
NASI KANDAR PADANG KOTA29422/2016NASI KANDAR PADANG KOTAMajlis Perbandaran Pasir GudangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201606/11810Lulus14/06/201614/06/201611:21:43
12345678910

Kembali ke atas