Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negeri yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
inti padat nilai hebat596/2016inti padat nilai hebatMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/07821Lulus06/01/201606/01/201615:49:12
inti padat nilai hebat53188/2015Inti Padat Nilai HebatMajlis Perbandaran Ampang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/10063Lulus28/12/201530/12/201510:45:34
PENJUAL CAKERA PADAT3038/2016PENJUAL CAKERA PADAT OLIE-OLIE VISUAL HOUSEDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/09825Lulus20/01/201621/01/201608:00:03
KEDAI CAKERA PADAT DAN CAKERA VIDEO DIGITAL39324/2015KEDAI CAKERA PADAT DAN CAKERA VIDEO DIGITAL VAANAVIL MUSIC VIDEO (JM0490335-W) DIMILIKI OLEH: MITHA DIGITAL ZONE ENTERPRISEMajlis Perbandaran Sungai PetaniKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201510/07143Lulus05/10/201506/10/201507:53:50
PENJUAL CEKERA PADAT11973/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201902/15423Lulus04/11/201615/02/201918:28:26
KEDAI CAKERA PADAT6427/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201805/20573Lulus16/06/201623/05/201816:27:16
PENJUAL CAKERA PADAT DAN BARANGAN AM4839/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201803/19949Lulus11/05/201605/03/201816:39:16
KEDAI CAKERA PADAT3953/2015TiadaMajlis Perbandaran SelayangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201704/13980Lulus20/05/201504/04/201717:13:20
PENGEDAR CAKERA PADAT3049/2014TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/12804Lulus18/07/201425/05/201616:32:07
KEDAI CAKERA PADAT88/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201504/05842Lulus09/01/201408/04/201518:24:35
123

Kembali ke atas