Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Pagi-pagi menanam selasih,
     Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
     Kerana tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
pagi-pagi16072/2016pagiMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/09964Lulus07/04/201607/04/201611:41:16
Sarapan Hari Biasa (Feb '16) CM5397/2016Senang pagi-pagi.Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07019Lulus02/02/201603/02/201609:06:13
Breakfast D' Grand Platter Campaign (1 Dec '16)57668/2016Senang Pagi-pagi. Cita rasa mewah. d' Grand Platter ™. Waktu terhad. Pilih telur mata atau telur hancur.Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/13285Lulus17/11/201618/11/201610:04:28
THR GEGAR31493/2015CERIA PAGI 6 pagi - 10 pagi PERMATA PANTAI TIMURMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamHiburanTiadaDBP/KPB/201508/05900Lulus12/08/201512/08/201515:18:43
SELAMAT PAGI53208/2015Dari 9 pagi Selamat PagiMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/10118Lulus29/12/201530/12/201514:55:40
SELAMAT PAGI5975/2016Selamat Pagi Dari 9 pagi Daripada RM9.90 Percuma dengan Kopi /Teh Nama produk adalah seperti mana didalam buku menu.Majlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07451Lulus05/02/201610/02/201607:39:04
SELAMAT PAGI5974/2016Selamat Pagi Dari 9 pagi Daripada RM9.90 Percuma dengan Kopi /Teh Nama produk adalah seperti mana didalam buku menu.Majlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07516Lulus10/02/201611/02/201607:42:21
BANNER52354/2016KINI DIBUKA 9 PAGI - 1 PAGI ARAS 6Majlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14223Lulus22/10/201624/10/201610:48:35
Larian Sehati Sejiwa31926/2015#LARIAN SEHATI SEJIWA 23 OGOS 2015 (AHAD) 6 PAGI - 11 PAGI PADANG MERBOK, KUALA LUMPUR Menangi motosikal dan pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah kami! Percuma kemeja-T dan 2 nama domain untuk semua peserta. DAFTAR SEKARANG! www.mybuddDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/05921Lulus12/08/201512/08/201516:06:54
Larian Sehati Sejiwa31985/2015#LARIAN SEHATI SEJIWA 23 OGOS 2015 (AHAD) 6 PAGI - 11 PAGI PADANG MERBOK, KUALA LUMPUR Menangi motosikal dan pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah kami! Percuma kemeja-T dan 2 nama domain untuk semua peserta. DAFTAR SEKARANG! www.mybuddMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/05977Lulus12/08/201513/08/201509:42:24
12345678910...

Kembali ke atas