Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cing] | ڤنچيڠ

Definisi : alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj per­mainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb per­buatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tuju­an utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg me­narik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diper­oleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk meman­cing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cing] | ڤنچيڠ

Definisi : 1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Duduk di tepi pantai,
     Tengok orang pancing selampai;
Jika tidak bunga di tangkai,
     Banyak kumbang hidup tak sampai.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Umpan habis pancing putus,
     punca terlepas daripada tangan.

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT PANCING UDANG GALAH26715/2017PUSAT PANCING UDANG GALAHMajlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/14726Lulus03/05/201705/05/201715:18:00
KOLAM PANCING UDANG GALAH41989/2015KOLAM PANCING UDANG GALAH BOOST 88Majlis Perbandaran Pasir GudangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/09492Lulus21/10/201522/10/201507:52:48
KOLAM PANCING UDANG GALAH37423/2015KOLAM PANCING UDANG GALAH BOOST 88 DIMILIKI OLEH KUDI OFFSHORE (JM0699818-K)Majlis Perbandaran Pasir GudangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/08217Lulus21/09/201523/09/201513:55:39
PERNIAGAAN ALAT PANCING FAN FAN64597/2016PERNIAGAAN ALAT PANCING FAN FANTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/13872Lulus28/12/201628/12/201614:30:11
Kedai alatan pancing Anglers Territory27134/2015Kedai alatan pancing Anglers Territory Tackle House dimiliki oleh AF Tackles (IP0427067-U)Majlis Daerah Perak TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/07307Lulus08/07/201510/07/201510:22:49
PENJUAL ALAT ALAT PANCING65316/2016PENGEDAR DAN MENJUAL ALAT ALAT PANCINGDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201701/13278Lulus16/01/201717/01/201708:27:52
KOLAM PANCING8611/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201809/13782Lulus16/08/201619/09/201815:16:37
KOLAM PANCING AIR MASIN22892/2017TiadaTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16823Lulus17/04/201718/04/201709:23:13
kolam pancing udang untuk disewa20823/2014TiadaMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03586Lulus08/09/201410/09/201409:39:01
pusat jualan alatan pancing29179/2017TiadaTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201705/16235Lulus13/05/201715/05/201712:32:28
12

Kembali ke atas