Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)

9

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PANDAI SOLAT PANDAI BACA SEAWAL 4 TAHUN1568/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201503/04787Lulus15/12/201402/03/201517:26:57
elit cerdik pandai33417/2016papan iklan baruMajlis Perbandaran Batu PahatPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201607/09915Lulus12/07/201613/07/201611:32:39
PUSAT PERKEMBANGAN MINDA BIJAK PANDAI17685/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201703/18892Lulus27/03/201728/03/201715:52:42
Berikhtiar Dengan Produk ANUGERAH41815/2016sakit? Nak Anak Pandai? Nak Nampak Cantik? Berikhtiar Dengan Produk Anugerah Pelbagai Tawaran Menarik Menanti AndaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/11690Lulus23/08/201624/08/201620:59:32
Kain rentang49143/2016TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID DAN GURU DITADIKA JOHAN BESTARI, KINI 97% MURID PANDAI MEMBACA PENGAMBILAN MURID BAHARU 2017 KINI DIBUKATiadaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/11570Lulus06/10/201607/10/201610:47:28
PENDAFTARAN BARU KINI DIBUKA44413/2015Pembelajaran Interaktif Program Cepat Baca e-Xra Program Seni Kreatif Pandai Solat Celik AL-Quran Pendidikan Islam Motto Tadika : "Pembelajaran Menyeronokkan" "Tadika Islam Berkonsepkan Permainan"Majlis Perbandaran Alor GajahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/06736Lulus05/11/201506/11/201508:17:28
Farmasi Alpro Kini di TAMAN TAS49435/2015Farmasi Alpro Kini di TAMAN TAS NO. 39, LORONG PANDAI PERMAI 2, BATU 7, TAMAN TAS, 25150, KUANTAN, PAHANG. 019-357 1923Majlis Perbandaran KuantanUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201512/07287Lulus08/12/201508/12/201511:10:14
Pendaftaran Pelajar Baru47473/2016Pembelajaran Interaktif Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Program Cepat Baca e-Xra dan Bacalah Anakku Pandai Solat dan Mengaji Kelas Hafazan Kelas Bahasa MandarinMajlis Perbandaran Alor GajahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/12049Lulus11/10/201611/10/201612:05:10
Farmasi Alpro KINI DI TAMAN TAS, KUANTAN49436/2015Farmasi Alpro Kini di TAMAN TAS, KUANTAN NO. 39, LORONG PANDAI PERMAI 2, BATU 7, TAMAN TAS, 25150, KUANTAN, PAHANG. 9.00 pg. - 9.00 mlm. 019-357 1923Majlis Perbandaran KuantanUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201512/07288Lulus08/12/201508/12/201511:10:26

Kembali ke atas