Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak berĀ­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp muafakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekat (adjektif)
1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut,
Berantonim dengan cair

2. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, tua, kelam,
Berantonim dengan terang

Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pekat E&LP Sdn Bhd5039/2014TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201403/03898Lulus19/03/201419/03/201420:29:45
BUNTING BIDARA LAB25634/2016bidara lab lebih pekat lebih berkesan ikhtiar menghindari gangguan jin dan syaitan whatsapp pengedar bidara labMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201606/10095Lulus03/06/201603/06/201611:09:20
Nescafe Canned Coffee - Vertical - Go Jer11992/2015Halus, Pekat, Rasa Sejuk NescafeMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/05428Lulus03/04/201506/04/201511:11:36
Nescafe Canned Coffee - Horizontal - Go Jer11990/2015Halus, Pekat, Rasa Sejuk NescafeMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/05387Lulus03/04/201506/04/201509:46:03
Teh Tarik Man - version 0113320/2014Dipercayai sejak turun-temurun En. Norazlin Bin Janus Juara Cabaran Tariking F&N, 2003 & 2006 Berdasarkan khidmat indeks runcit Nielsen bagi kategori susu pekat (MAT Dis 2013, Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak (32 bandar)TiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/04965Lulus17/06/201418/06/201415:22:47

Kembali ke atas