Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.du.kung] | ڤندوکوڠ

Definisi : 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.du.kung] | ڤندوکوڠ

Definisi : 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendukung


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Prudential - Pendukung Impian17543/2017sebelum ini iklan telah diluluskan No Pendaftaran : 17307/2017Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/18843Lulus27/03/201728/03/201711:50:02
Prudential17066/2017Pendukung ImpianMajlis Bandaraya Melaka BersejarahInsuransTiadaDBP/KPB/201703/18384Lulus23/03/201724/03/201715:52:45
PRUDENTIAL SEA GAMES 212206/2017(SILA ZOOM UNTUK PENGLIHATAN LEBIH JELAS) RAKAN INSURANS RASMI PENDUKUNG IMPIAN SUKAN SEA KE-29 SUKAN PARA ASEAN KE - 9Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/14721Lulus06/03/201708/03/201712:27:04
PRUDENTIAL SEA GAMES 112205/2017(SILA ZOOM UNTUK PENGLIHATAN LEBIH JELAS) RAKAN INSURANS RASMI PENDUKUNG IMPIAN SUKAN SEA KE-29 SUKAN PARA ASEAN KE - 9Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/14719Lulus06/03/201708/03/201712:26:08

Kembali ke atas