Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : 1. amat perlu, sangat berharga (ber­guna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; berpentingan berpelantingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Berkelahi di ekor alahan.

Bermaksud :

Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

362

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Iftar di Cyberview29459/2017Tukar “hotline” kepada “talian penting” (ini adalah email address, kalau tukar kepada talian penting, email address itu tidak wujud)Majlis Perbandaran SepangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/17592Lulus18/05/201722/05/201709:30:49
JANTUNG ANDA PENTING BAGI KAMI9795/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201811/16510Lulus15/09/201617/11/201817:35:51
MEPS- Ia Sememangnya Penting22225/2014Sila Rujuk Lampiran File. Terima KasihTiadaPerbankanTiadaDBP/KPB/201409/04778Lulus22/09/201424/09/201413:32:26
Bagi keputusan kewangan yang penting, Manulife boleh membantu1117/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201501/05311Lulus30/06/201419/01/201517:22:34
MITC33955/2015PENTING.Majlis Bandaraya Melaka BersejarahBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201509/05643Lulus02/09/201502/09/201515:22:06
u&eye optical centre2399/2016menunjukan penting nya menjaga mata dan kedai ini dapat membantu pengguna yang menggunakan cermin mata.Majlis Perbandaran MuarOptikTiadaDBP/KPB/201601/09058Lulus15/01/201615/01/201609:24:20
PEGASUS HOTEL5552/2016KINI DIBUKA Talian Penting 03 5036 8888 TB 012 325 7356Majlis Bandaraya Shah AlamPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201602/07936Lulus16/02/201616/02/201610:54:03
Strawberry Laundry 18027/2015KEDAI DOBI Talian Penting Membekal dan Menjual Bahan Cucian, Pelembut, Pewangi Fabrik dan Peralatan DobiMajlis Perbandaran KuantanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/05904Lulus12/03/201512/03/201509:24:56
AR RAHNU YAPEIM824/2015LEBIH NILAI DI AR RAHNU YAPEIM TALIAN PENTING MEMBINA KEJAYAAN BERSAMAMajlis Daerah Kota TinggiPerbankanTiadaDBP/KPB/201501/04463Lulus08/01/201508/01/201513:57:20
KELAS TAMBAHAN PT325778/2017KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3 3 subject yang penting untuk pelajar. bahasa melayu sudah ada di pusat saya, oleh sebab itu, saya menyediakan subjuct yang lain. semoga pihak meluluskan pemohanan saya terima kasihMajlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201705/14098Lulus28/04/201703/05/201714:50:37
12

Kembali ke atas