[pe.ra.hu] | ڤراهو
Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg memakai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdagangan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh keduaduanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhatihati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ra.hu] | ڤراهو
Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)