Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus me­nangkap mang­­sa­­nya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan,
     tupai dijulai timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MOUNTAIN DEW19545/2017PERASAAN KETIKA BERAKSI? MENAKJUBKAN!!Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/14159Lulus04/04/201705/04/201711:56:04
MOUNTAIN DEW15363/20171. PERASAAN KETIKA BERAKSI? TIADA TANDINGAN!Majlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/17677Lulus21/03/201721/03/201716:07:17
MOUNTAIN DEW- 2ND TAGLINE16413/20171. PERASAAN KETIKA BERAKSI? MENAKJUBKAN!Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/17886Lulus21/03/201722/03/201711:58:00
PERDANA RIA52570/2016KEDAI ATAU PEJABAT DALAM BANGUNAN TERSEBUT AKAN MEMBERI PERASAAN RIA MERIAHMajlis Perbandaran KajangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14406Lulus24/10/201625/10/201609:30:47
Residensi Montaj2425/2016Montaj bermakna satu proses atau teknik mencantum bersama-sama bahagian berasingan unsur untuk membentuk satu keseluruhan yang berterusan. Ini akan mentafsirkan pembangunan kami yang akan mengandungi pelbagai gaya, saiz dan perasaan untuk setiap binaan.Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10042Lulus07/04/201607/04/201614:47:38

Kembali ke atas