Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ca.ya] | ڤرچاي

Definisi : 1. = ~ akan (kpd) mengakui (meneri­ma, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat se­suatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau mening­galkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ca.ya] | ڤرچاي

Definisi : 1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendaki dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Orang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Puisi
 

Nona ada papaya tidak,
     Bunga ros duri berkait;
Benar ada percaya tidak,
     Telunjuk lurus kelingking berkait.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Tangan kanan jangan percaya tangan kiri;
     luka tangan kanan oleh tangan kiri.

Bermaksud :

Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUTIH AJAIB61751/2016"Tidak Percaya? Tetapi Benar!"Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11411Lulus07/12/201608/12/201611:20:37
bunting53570/2015KENAPA TAK PERCAYA? Beli satu pun dapat harga borong Murah daripada RM2.90 Sokong produk bumiputera Marilah membeli-belah beramai-ramai...Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/07246Lulus02/01/201604/01/201608:24:38
SARINGAN SLOGAN KESELAMATAN TAHUNAN6613/2016PERCAYA PADA KESELAMATAN, BUKAN PADA NASIB. KESELAMATAN TIDAK PERNAH TERHENTI. KESELAMATAN KITA ATAS KEPRIHATINAN BERSAMA. JADIKAN KESELAMATAN PEMANGKIN, SETIAP MASA, SETIAP KETIKA. KESELAMATAN MENJIMATKAN, KEMALANGAN MERUGIKAN. AMALAN KESELAMATAN METiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/07931Lulus16/02/201616/02/201610:37:20
KAIN RENTANG53574/2015KENAPA TAK PERCAYA? BELI SATU PUN DAPAT HARGA BORONG MURAH DARIPADA RM2.90 Marilah membeli-belah beramai-ramaiMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/07249Lulus02/01/201604/01/201608:25:26
Citra Embun Billboard12262/2017RUMAH BARU *harga daripada RM250,000 Tak Percaya? Kunjungilah Galeri KamiMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/14846Lulus06/03/201708/03/201716:41:00
NADA ASTANA_banner_115578/2017NADA ASTANA RUMAH BAHARU *harga daripada RM250,000 Tak Percaya? Kunjungilah Galeri Kami.Majlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/17177Lulus17/03/201720/03/201709:52:14
CITRA ASTANA_banner_115577/2017CITRA ASTANA RUMAH BAHARU *harga daripada RM250,000 Tak Percaya? Kunjungilah Galeri Kami.Majlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/17178Lulus17/03/201720/03/201709:52:46
CITRA PURI _ BANNER115582/2017CITRA PURI RUMAH BAHARU *harga daripada RM250,000 Tak Percaya? Kunjungilah Galeri Kami.Majlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/17179Lulus17/03/201720/03/201709:53:50
NADA PURI _ BANNER14364/2017NADA PURI RUMAH BARU *harga daripada RM250,000 Tak Percaya? Kunjungilah Galeri KamiMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/16278Lulus14/03/201715/03/201712:58:02
PROGRAM SEWA KERETA45749/2016KAMI AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK MEMILIKI KERETA IDAMAN TANPA PERLU MEMBUAT PINJAMAN DARI BANK ! TAK PERCAYA ? Bantuan Deposit Secara Sistematik Ansuran Bulanan Dipermudahkan Menambah Pendapatan Tanpa Had Bebas dari Bebanan KewanganMajlis Bandaraya IpohPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201609/10849Lulus19/09/201619/09/201614:01:49

Kembali ke atas